Siapa tau rupanya Khasiat Raja kayu itu banyak, Raja kayu terbahagi dua, iaitu Raja Kayu Putih Dan Raja Kayu Merah. Biasanya di sekitar pokok raja kayu tidak tumbuh pokok-pokok lain. Selain Raja kayu kadang kala di tempat lain ia dikenali dengan sebutan yang berlainan seperti di Brunei di panggil Kayu tolong-tolong. Raja Kayu yang berwarna merah kekuningan ialah jenis lelaki dan yang putih kekuningan pula adalah adalah jenis betina. raja kayu terdapat dalam bentuk jantan dan betina kerana setiap makhluk yang di cipta tuhan adalah berpasangan.
Sifat Raja Kayu-Tenggelam bila diisi ke dalam air biar pun bersaiz kecil.
Raja kayu yang sebenarnya bukanlah sejenis pokok kayu tetapi ia merupakan sejenis damar. Ia berasal dari pokok damar minyak (Agathis Alba). Raja kayu ini terdapat hanya pada dahan dahannya sahaja. Hanya pokok damar minyak yg cukup matang saja mempunyai damarnya ” cuba lah kita uji dgn membakar raja kayu ini. Raja Kayu akan cair meleleh seperti kita membakar kemenyan dan tidak akan mengeluarkan abu seperti kayu biasa.
Terdapat sekurangnya 10 jenis pokok kayu damar yang biasa ditemui ia itu,Damar hitam, damar hitam bulu, damar hitam gajah, damar katuo, damar laut merah, damar minyak, damar sengkawang putih, damar siput, damar siput jantan dan damar telepuk. damar boleh didapati di kawasan hutan bukit.
Ciri-ciri Raja Kayu
Raja Kayu tembus cahaya jika dipotong walaupun tebalnya sehingga 1 sm. Sila lihat gambar. Raja kayu amat susah nak dipotong. Ia juga tumpat. Jika dimasukkan Raja kayu walaupun bersaiz kecil ke dalam air, ia akan tenggelam seperti batu.
Raja kayu hanya ada dua jenis; merah dan putih. Jika dibakar, raja kayu ini akan cair meleleh seperti kemenyan dan tidak akan menghasilkan abu seperti kayu lain.
Masyarakat orang asli selalu mencari damar dari jenis pokok ini untuk pelbagai kegunaan. Masyarakat orang asli jarang jatuh sakit sedangkan mereka tinggal di hutan. Kayu dan akar dari hutan kitalah yang memberikan mereka segala keajaiban dan ubat-ubatan.
Serbuk Raja Kayu jika digosok pada kulit akan meresap ke dalam kulit. Ia mempunyai berbagai khasiat raja kayu terutamanya penyakit kulit dan digunakan untuk mengurut. Berikut adalah antara kegunaan dan khasiat Raja Kayu :
Sifat Raja Kayu yang telus cahaya.
Ciri ciri pokok damar minyak (Agatis Alba) dimana pokok ini dahulunya dikenali dengan nama Sanum. Tumbuh di kawasan permatang tinggi. Batangnya besar dan tidak berbanir Kulitnya bersisik sisik, warnanya kelabu . Isinya kelabu atau merah serta berisi minyak pekat, daunnya tebal serta licin, susunannya berkembar, panjangnya 2 1/2inci berbentuk mata lembing atau panjang hujung dan pangkal daunnya. Urat daunnya selari dari pangkal sampai hujung kalau di siat, isinya seakan sutera. Buahnya pula berukuran 2 hingga 4 inci, berbentuk bulat, berwarna hitam atau unggu bersisik sisik dan bertindih tindih. Setiap biji benihnya bersayap.ada pula mereka yang mendakwa Raja Kayu adalah kayu dari jenis kayu Madang Sisik, tetapi kayu damar minyak ini lebih dikenali sebagai RAJA KAYU disebabkan kayu jenis ini membolehkan cahaya lampu menembusinya.
Diantaranya Khasiat Raja Kayu adalah seperti berikut;
Urut Badan
1. Ambil serbuk raja kayu (kikis raja kayu atau diasah pada buntut pasu untuk mendapatkan serbuknya), campur kedalam apa-apa jenis minyak urut, kemudian ambil sepotong raja kayu.
2. Bakar kayu tersebut bersama minyak urut yang telah dicampur serbuk raja kayu tersebut (gunakan periuk). Raja kayu akan mengeluarkan damarnya ketika dibakar lalu akan bercampur dengan minyak urut.
3. Tunggu sehingga minyak urut itu suam sedikit tetapi jangan sampai sejuk kerana damar akan mengeras.
4. Gunakan untuk mengurut. Permata Cincin Bahagian Raja kayu ni kalau nak dibuat permata cincin adalah bahagian teras atau pun mata kayu yang terdapat pada Raja Kayu. Raut perlahan-lahan kerana kayu itu mudah pecah.
Gigitan Serangga
Gosok serbuk raja kayu ditempat yang kena sengat. Kesannya dalam setengah jam.
Masalah Dalam Badan
Antara kegunaannya adalah masalah dalaman badan seperti cirit birit, muntah, resdung, lelah, darah tinggi, kencing manis, darah tinggi, keracunan makanan, perut memulas, kebas kaki tangan, mata rabun, resdung, penat, lelah, sakit sendi, sakit pinggang, lemah tenaga batin, buasir, perempuan turun darah, terlekat uri, sakit tengkuk, termakan racun dan muntah-muntah. Cara menggunakannya hanya merendam Raja Kayu ke dalam segelas air panas selama 10 minit.
Amalkan setiap pagi dan malam untuk kesihatan badan. Jika digunakan secara berterusan dengan cara ini, khasiat Raja Kayu akan dapat bertahan selama setahun setengah.
Itu la antara khasiat raja kayu yang boleh kita manfaatkan kepada kesihatan kita, jangan lupa kongsikan khasiat raja kayu kepada keluarga dan kawan-kawan kita. semoga kita dapat manfaatkan khasiat raja kayu ini bersama-sama…
Wallahua’lam….
“Segala penyakit yang diturunkan datang bersam penawarnya,maka carilah ubat sekiranya ditimpa penyakit,berusaha dan bertawakkal lah kepada Allah S.W.T ”
Baca Juga: Hasil Jual ‘Raja Kayu’Orang Asli Raih Pendapatan Lumayan RM2,000 Seminggu
Rujukan: Rezeki sekawan Khasiat raja kayu