
Guru sekolah dan ‘abang wiring’ didenda RM5,000 atau penjara enam bulan.
Macam tak percaya, tapi itulah kenyataannya! Seorang guru sekolah dan lelaki yang digelar sebagai ‘abang wiring’ akhirnya dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah Tinggi Syariah Melaka atas kesalahan cubaan melakukan zina.
Menurut laporan, kedua-dua tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan di bawah Seksyen 52 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 yang melibatkan perbuatan tidak bermoral, cubaan melakukan zina.
Kesalahan itu berlaku pada 28 Februari lalu dan mereka kini dijatuhi hukuman denda sebanyak RM5,000 setiap seorang. Kalau gagal bayar? Bersedialah untuk menjalani hukuman penjara selama enam bulan.
Hukuman dijatuhkan selepas pengakuan bersalah…
Hakim Syarie Mohd Yunus Mohamad Zin membuat keputusan selepas kedua-duanya tampil dan mengaku bersalah terhadap pertuduhan tersebut.
Identiti mereka tidak didedahkan kepada umum, namun kes ini jelas mencetuskan perbualan hangat, apatah lagi ia melibatkan profesion pendidik.
Kes seperti ini sering mendapat perhatian masyarakat, bukan sahaja kerana melibatkan isu moral, tetapi juga kerana ia membabitkan individu yang sepatutnya menjadi contoh kepada generasi muda.
Video :
Kredit: Harian Metro, Tiktok Kosmo