‘Kenapa Backup Saya? Nanti Orang Kutuk’ – Uqasha Senrose DM Individu, Bimbang Terima Tempias Kecaman
Semenjak konflik rumah tangga melanda, pelakon Uqasha Senrose dilihat sering dihujani dengan pelbagai tomahan dan kecaman daripada pelbagai pihak.
Respon Uqasha

Menerusi perkongsian seorang individu di Threads, dia mendedahkan telah menerima direct message daripada Uqasha.
Uqasha atau nama lengkapnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 33, menasihati individu tersebut supaya tidak menyokongnya kerana bimbang akan turut menerima tempias kecaman.
Salam awak ini siapa? Kenapa backup saya?
Nanti orang kutuk awak kalau side saya.
Saya tak apa, saya kuat Allah ada.
Bagaimanapun, individu tersebut tetap positif untuk berkongsi tentang fakta berkenaan aktres tersebut meskipun bakal berdepan dengan kritikan warganet.
Uqasha dm (direct message), jangan side (berpihak) dia, nanti orang kecam saya.
Dia kesiankan saya tapi saya okay sahaja sebab saya cuma update fakta-fakta haters dia yang menyeramkan.
Kita doakan semoga urusan dipermudahkan. Biar la jika ada yang nak block atau kecam saya, saya bukan sesiapa pun.
Komen netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa sebak dan simpati dengan ujian yang menimpa Uqasha.
Dalam masa sama, mereka juga mendoakan agar kemelut rumah tangga aktres itu dapat diselesaikan dengan lebih baik.
Untuk info, pada 1 Oktober lalu, Uqasha memfailkan permohonan cerai terhadap suami, Kamal Adli di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur atas alasan tiada persefahaman dan masalah rumah tangga yang berlaku sejak April 2025.
Difahamkan, pasangan itu juga tidak lagi tinggal sebumbung dan Uqasha kini menetap bersama ibunya.
Pada 19 November lalu, kedua-dua pihak selesai melantik jawatankuasa pendamai masing-masing seperti diarahkan mahkamah.
Untuk rekod, pasangan ini berkahwin pada 4 November 2021 dalam majlis tertutup di Janda Baik, Pahang, dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.
Sumber: Threads
