“Selamat jalan emak, semoga berbahagia di sana,”kata Anuar Zain buat kali terakhir.
Jenazah ibu kesayangan kepada penyanyi terkenal Ziana dan Anuar Zain, Allahyarham Robiah Abdul, 74, selamat dikebumikan kira-kira jam 11 pagi tadi.
Robiah meninggal dunia pada jam 10.44 malam tadi akibat kanser hati dikebumikan di Tanah Perkuburan Elmina, Selangor.
Terdahulu, bapa kepada penyanyi Ziana dan Anuar Zain, Zain @ Zin Abdullah menghembuskan nafas terakhir pada usia 87 tahun pada 26 Ogos lalu.
Takziah diucapkan buat seluruh keluarga Ziana dan Anuar.
Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
Sumber: Astro Gempak
