Kantoi bila sahabat sendiri yg dedahkan satu persatu pasal Kamal Adli yg takde sesiapa pernah tahu…
Kisah permohonan cerai pelakon Uqasha Senrose terhadap suaminya Kamal Adli masih hangat diperkatakan ramai.
Pelbagai pihak tampil bersuara, mengulas dan berkongsi pendapat terhadap isu pasangan pelakon terkenal itu.
SAHABAT KARIB KAMAL BUKA CERITA…
Terbaru, seorang individu berkongsi pengalaman beliau di Threads tentang peribadi sebenar Kamal Adli yang tak pernah orang tahu.
“Cuma nak cerita tentang seorang sahabat yang kami kenal sejak kecil..
“Kamal bukan sekadar member. Dia dah macam anak angkat dalam keluarga kami. Panggil parents kami Baba dan Mama.
“A big brother. Kecil-kecil nakal sama-sama. Main wrestling sama-sama. Breakdance sama-sama.
“Kalau ada majlis, dialah yang hidupkan suasana. Bila dia pindah ke KL dulu, hari yang berat untuk kami semua..
“Aku masih simpan kad Raya dia, siap letak syiling 1 sen. Kelakar dia tak pernah berubah.
“Kami tengok dia membesar. Kami tengok dia berusaha. Kami tengok dia berjaya.
“Bila dia menang Hero Remaja, kami bangga bukan sebab dia famous.. tapi sebab dia tak lupa diri.
“Bila dia kahwin, it was a happy moment for us all. My twin brother and I jadi wedding videographer dia. Proud. And happy.
“Hari ni, bila nama dia disebut dalam situasi yang agak heavy, aku cuma nak cakap satu benda:
“Kami percaya seorang insan, bukan headline. Dan bila dah jadi urusan umum, aku percaya kebenaran, masa, dan proses akan berjalan dengan cara yang sepatutnya.
“Sebagai sahabat, tugas kami bukan menghukum. Tugas kami mendoakan, menjaga adab dan tidak menambah luka.
“As a brother, dan seorang sahabat: stay strong, Bakamal.
“Kami doakan semua pihak diberi kekuatan dan keadilan..” tulis Ridwab Azlan Shah.
KAMAL ADLI DATANG KOMEN
Sementara itu, perkongsian tersebut telah mendapat reaksi balas dari Kamal Adli.
“Aduhhh ni nak nangisss niii… Allahu so sweet naw2 wish ni..
“Tq soo much to u n ur sweet family.. Love u guyss a lot” tulis Kamal.
Sumber: threads
