Dr. Fie dedah sikap sebenar Nubhan, sekali Puteri Sarah bagi respon dan komen begini..
Bekas isteri Nubhan berang selepas mendapati barang peribadinya dikeluarkan dari rumah yang didiami bersama anak-anak tanpa sebarang makluman awal.
Menerusi hantaran di Threads, Dr Fie atau Afifah Hidayah Ahmad Tawfek menyifatkan bekas suaminya itu kejam kerana bertindak sedemikian.
“Kita di luar negara. Habis diangkut barang-barang saya keluar dari rumah yang saya duduk sekarang dengan anak-anak. Tanpa bertahu saya! Kejam kamu Nubhan Ahamad!,” tegasnya.
Malah, Dr Fie turut mendakwa barang-barangnya dicampakkan di hadapan kediaman ibunya.
“Kesian kat ibu bapa Fie. Balik balik tengok barang anak dia semua kat rumah dia xde pemakluman awal.
“Sorry ibu ayah. Along tak sangka dia buat mcm ni bu…. dulu ibu kutip baju-baju along dia tinggal depan rumah ibu. Hari ni dia buat lagi,” katanya.
RUMAH NAMA KAU, KERETA NAMA KAU!
Sementara itu, dalam perkongsian berasingan, Dr. Fie meluahkan rasa kesal kerana pemberian rumah dan kereta dari Nubhan hanya tujuan sebagai content.
“Tergamaknya kau! Rumah nama kau! Kereta nama kau! Mcm tu je kau buang aku! Tanpa belas kasihan.
“Lepas tu bukan main orang cakap bagi hadiah kereta, rumah, clinic! Tidak ya!!!! Dia punya tahap bagi tu atas dasar content je!” luah Dr. Fie.
PUTERI SARAH DATANG KOMEN.
Menariknya perkongsian Dr. Fie itu telah mendapat respon dari pelakon, Puteri Sarah Liyana.
“Dr. Fie sayang , saya percaya peguam awak sekarang adalah peguam saya yang dulu, Dato Akberdin.
“Dia peguam yang bijak. Duduk dan bincang dengan dia macam cara untuk kembali dengan sebaiknya.
“Kawal emosi awak, bertindak dengan bijak. Jangan bagitau rancangan awak. Tau2 dah laksana biar jadi suprised pihak sana. Good luck. In shaAllah semoga baik-baik saja.” tulis Puteri Sarah.
Komen Puteri itu meraih lebih 2 ribu tanda suka.
Sumber: threads
