Datin Marina kongsi khabar tentang Tun M dan selepas penilaian perubatan, disahkan bahawa

Datin Marina kongsi khabar tentang Tun M dan selepas penilaian perubatan, disahkan bahawa…

Berita tentang Tun Dr Mahathir Mohamad dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN), sekitar jam 9.30 pagi tadi akibat terjatuh di kediamannya pada awal pagi mendapat perhatian ramai.

Susulan dari itu juga pelbagai berita palsu dan fitnah bertaburan terutama dalam laman sosial Facebook.

DISAHKAN MENGALAMI PATAH TULANG PINGGUL

Terkini, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad disahkan mengalami patah tulang pinggul kanan dan dijangka dirawat di hospital selama beberapa minggu bagi tujuan rawatan serta pemantauan lanjut.

Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Akhbarnya, Sufi Yusoff menerusi satu mesej yang dikongsi dalam kumpulan WhatsApp rasmi Dr M Media Updates hari ini.

DISAHKAN TUN M MENGALAMI..

“Selepas penilaian perubatan, disahkan Tun mengalami patah tulang pinggul kanan.

“Tun dijangka akan berada di hospital untuk beberapa minggu bagi rawatan dan pemantauan,” katanya.

Tun Dr Mahathir, 100, dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) kira-kira jam 9.30 pagi tadi selepas dilaporkan terjatuh di kediamannya awal pagi.

Sufi sebelum itu memaklumkan bahawa negarawan berusia 100 tahun itu dibawa ke IJN dengan ambulans dan dilaporkan berada dalam keadaan sedar ketika tiba di hospital.

IA SUATU YANG SERIUS, TETAPI…

Sementara itu, anak perempuannya, Datin Paduka Marina Mahathir berkata, walaupun insiden tersebut dianggap serius, keadaan bapanya tidak mengancam nyawa dan berada dalam keadaan baik mengambil kira faktor usia.

“Ia suatu yang serius, tetapi tidak berbahaya. Bagi usianya, segala-galanya adalah relatif… beliau baik-baik sahaja,” katanya ketika ditemui di lobi IJN di sini hari ini.

Menurut Marina, pihak keluarga akan mengeluarkan kenyataan lebih lengkap selepas ini bagi memastikan semua istilah perubatan yang digunakan adalah tepat.

Untuk rekod, Perdana Menteri Malaysia keempat dan ketujuh itu sebelum ini pernah menerima rawatan di IJN pada 13 Julai 2025 akibat keletihan, namun dibenarkan pulang pada hari yang sama.

Sumber: sinarharian