Baru tahu siapa sebenarnya Dr. Hana. Rupanya isteri Pablo Amirul ini adalah ibu kepada

Baru tahu siapa sebenarnya Dr. Hana. Rupanya isteri Pablo Amirul ini adalah ibu kepada…

Pelakon Pablo Amirul, 41, sah menjadi suami kepada pakar estetik, Dr Hana Rose, pada Isnin dalam majlis akad nikah yang berlangsung di The Dove Hall, Jalan Tun Razak.

Akad nikah disempurnakan oleh bapa pengantin perempuan, Datuk Seri Dr Hasrul Sani, dengan jurunikah Ustaz Syed Abdullah, dan disaksikan ahli keluarga serta rakan selebriti termasuk Rozita Che Wan, Zain Saidin, Ellie Suriaty dan Chacha Maembong.

Pablo menyerahkan mas kahwin berupa RM800, seperangkap alat solat dan cincin berlian, sementara wang hantaran pengantin perempuan dirahsiakan.

Pasangan ini telah menjalin hubungan sejak April tahun lalu dan mendapat restu keluarga sebelum membuat keputusan mendirikan rumah tangga.

IDENTITI DR HANA YANG RAMAI TAK TAHU

Menerusi artikel Nona, Dr Hana Rose atau nama sebenarnya Hani Farhana Binti Hasrul Sani sebelum ini pernah dinobatkan sebagai Mrs Universe Borneo edisi 2019/2020 dan merupakan seorang usahawan yang cukup berjaya.

Malah Dr Hana Rose juga pernah menjadi Ketua Juri untuk pertandingan Ratu Agro Fest pada tahun 2019.

IBU KEPADA DUA CAHAYA MATA, LAHIR DI USA

Dr Hana Rose juga merupakan ibu kepada dua cahaya mata menurut perkongsian FB Malaysian Beauty Pageant Fan Club.

Juga merupakan seorang model, Dr Hana Rose dilahirkan di California, Amerika Syarikat dan dibesarkan di Kyoto, Jepun. Dan beliau dikhabarkan cukup fasih bertutur dalam Bahasa Inggeris, Jepun dan Bahasa Malaysia.

Dr Hana Rose yang juga merupakan seorang doktor kulit dan estetik bertauliah malah turut memiliki kliniknya sendiri, iaitu Rose Bay Clinic yang berlokasi di Sutera Avenue, Kota Kinabalu Sabah.

Klinik Dr Hana Rose ini memfokuskan kepada penjagaan dan rawatan kulit, transplant rambut, pengurusan berat badan, dan laser pico.

Malah Dr Hana Rose juga cukup aktif di laman Youtube di mana Dr Hana Rose banyak berkongsi tip-tip penjagaan wajah ‘Glow Up With Dr Hana’ termasuk di laman media sosial Tik Tok.

Sumber: nona