Pohon doa orang ramai, pelakon wanita terkenal jatuh sakit. Gambar no4 keadaan terkini beliau ‎

Tak Sihat, Elfira Loy Sedih Terlepas Sesi Tadarus – “Taip Benda Ni Pun Menangis…”

Astro Gempak 154Pelakon Elfira Loy meluahkan rasa sedih apabila terlepas sesi tadarus al-Quran akibat masalah kesihatan yang dialaminya.

Menerusi perkongsian di Threads, Elfira memaklumkan dia tidak dapat menghadiri sesi tersebut kerana diserang gastrik dan migrain.

“Saya terlepas sesi tadarus sebab gastrik dan migrain. Saya rasa sangat sedih, Ya Allah.

“Saya betul-betul berharap dikurniakan kesihatan yang baik. Sebenarnya kesihatan yang baik adalah nikmat terbesar untuk beribadah,” tulisnya.

Elfira turut mengakui dirinya sebak ketika menaip luahan tersebut.

“Hahaha tak tahu kenapa taip benda ni pun menangis,” katanya.

fvddfgPerkongsian itu mendapat perhatian ramai yang mendoakan agar pelakon berkenaan segera sembuh dan terus diberikan kekuatan untuk menjalani ibadah sepanjang Ramadan.

“Sama kita lately kerap migrain kadang rasa nk keje pon tak tenang. Semoga di bulan ramadhan ni sakit kita diangkat dan diberi kesembuhan. Aminn.

“Moga Allah kurniakan kesembuhan dan angkat sakit kak elfira berkat bulan Ramadhan.

Kann, bila fikir balik sihat ni nikmat terbesar,” komen beberapa netizen.

Sumber: Threads