Identiti dan status pakwe baru Diana Danielle..patutlah dia jatuh cinta

Identiti dan status pakwe baru Diana Danielle..patutlah dia jatuh cinta..

Pelakon, Diana Danielle, 34, tidak lagi berselindung apabila secara terbuka mengakui sudah mempunyai teman istimewa.

Diana berkata, selepas hampir setahun melalui episod perceraian, dia merasakan sudah tiba masa untuk membuka lembaran baharu bersama jejaka pilihan hatinya.

“Perkara itu bukanlah sesuatu yang besar bagi saya dan saya rasa ia juga tidak salah memandangkan sudah hampir setahun rasanya bab itu (perceraian) berlalu dalam hidup saya.

SAYA FIKIR SUDAH SAMPAI MASANYA…

“Saya fikir sudah sampai masanya, malah saya sudah bersedia untuk ‘move on’.

“Saya sudah berkenalan dengan seseorang yang sesuai, jadi kita boleh buat keputusan sendiri,” katanya.

Ditanya sama ada sukar untuk kembali membuka pintu hati, Diana atau nama sebenarnya, Diana Danielle Danny Beeson, berkata mungkin perkara itu lebih mencabar buat teman istimewanya.

Bagaimanapun, pelakon filem Imaginur itu berkata, dia mengambil pendekatan berhati-hati sebelum membuat sebarang keputusan dalam hubungan berkenaan.

“Saya rasa memang susah untuk dia kerana bagi saya cabarannya adalah untuk kembali mempercayai orang baharu.

“Saya juga ada anak, jadi saya bimbang jika timbul isu tertentu.

“Sebab itu saya cuba menguruskan perkara ini dengan perlahan dan berhati-hati supaya tidak tersalah langkah atau membuat keputusan,” katanya.

Pada masa sama, Diana berkata, buat masa ini hubungan tersebut masih tertumpu kepada mereka berdua tanpa melibatkan anak-anak.

“Bagi saya sekarang ini, dia lebih banyak meluangkan masa dengan saya sahaja.

“Dia belum lagi bersama anak-anak atau sebagainya kerana saya tidak mahu mencampuradukkan perkara itu,” katanya.

SIAPA TEMAN LELAKI DIANA DANIELLE

Terdahulu media melaporkan Diana sedang hangat dilamun cinta dengan seorang jejaka tinggi lampai.

Difahamkan juga, lelaki berkulit sawo matang itu berstatus bujang dan bukan orang dalam industri seni.

Namun Diana sendiri mengakui teman lelakinya itu merupakan seorang ahli perniagaan.

“Si dia orang biasa saja dan mempunyai bisnesnya sendiri..” kata Diana.

Sumber:beritaharian