Askar Wanita Dijel 7 tahun Amang Seksual Anak Lelaki
Seorang anggota tentera wanita dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini selepas mengaku bersalah menghisap kemaluan anak lelakinya sendiri, dua tahun lalu.
Tertuduh berusia 44 tahun sebagai orang yang mempunyai hubungan amanah, iaitu ibu kandung dengan sengaja telah melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun.
Ia dilakukan dengan cara menghisap kemaluan kanak-kanak itu bagi tujuan seksual dalam sebuah rumah beralamat di Taman Peruna, Sungai Udang, daerah Melaka tengah di sini, kira-kira jam 10.30 malam pada hujung Disember 2024.
Tertuduh yang juga ibu tunggal bagaimanapun dalam rayuannya memohon dikenakan penjara yang singkat kerana perlu menyara kesemua tiga anaknya selepas selesai menjalani hukuman.
Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman tujuh tahun penjara bermula tarikh dia ditangkap pada 3 Mac lalu.
#malaysiagazette
