“Ingatkan Anak Masih Menunggu, Rupanya Tubuh Sudah Kaku… Kisah Ibu Ini Buat Seluruh Netizen Menitis Air Mata.”

Seorang ibu, Asmilah Tukiran, 37, tidak menyangka kelewatannya beberapa minit untuk menjemput anak di sekolah bertukar menjadi detik hitam apabila anaknya ditemui tidak sedarkan diri selepas terlibat dalam kemalangan di hadapan sekolah. Difahamkan, kelewatan itu berlaku kerana dia perlu menguruskan anak bongsunya yang baru pulang dari pra sekolah. 

Suami mangsa pula reda dengan ketentuan yang berlaku dan memohon orang ramai agar berhenti menyalahkan pemandu yang terlibat. Menurutnya, kejadian itu adalah satu takdir yang amat berat untuk diterima oleh semua pihak, termasuk keluarga pemandu sendiri yang juga pastinya trauma dengan insiden tersebut. 

Kisah menyayat hati itu mengundang sebak ramai apabila rutin harian seorang ibu menjemput anak dari sekolah berakhir dengan tragedi yang tidak dijangka. Orang ramai turut menzahirkan simpati serta mendoakan agar keluarga mangsa diberikan kekuatan menghadapi ujian berat itu. 

Kredit: sinarplus