Untuk menyedapkan lagi masakan, serbuk perasa akan ditambah bagi meningkatkan lagi rasa. Selain serbuk MSG, terdapat pelbagai serbuk perasa yang lain yang memberi rasa yang berbeza-beza seperti serbuk perasa bawang putih, cendawan, rempah steak dan sebagainya.
Bagi anda yang gemarkan masakan laut atau Thai, serbuk perasa udang menjadi satu bahan yang wajib untuk ada di dapur.
Memang terdapat pelbagai jenis serbuk udang yang anda boleh dapati di pasaran pada harga yang berpatutan. Tapi jika anda ingin meluangkan sedikit masa dan menyediakannya sendiri, ia tidak mustahil. Ikuti sahaja cara untuk buat serbuk perasa udang ini yang telah dikongsikan oleh Husna Haron di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN).
Bahan-bahan
Cara-caranya
- Keringkan kulit atau kepala udang menggunakan oven. Balik-balikkan hingga kering betul.
- Keluarkan dari oven dan sediakan pengisar atau Thermomix (dapatkan di sini).
- Letakkan kulit udang atau kepala udang, garam, gula dan kisar sehingga halus seperti serbuk.
- Simpan dalam bekas kedap udara dan guna dalam masa 5 hari.
Semudah ini rupanya untuk buat serbuk perasa udang sendiri di rumah! Kalau rasa sedikit rajin, anda boleh cuba resepi ini. Paling bagus sebab kita juga boleh mengawal kuantiti garam dan gula yang digunakan, barulah lebih sihat.
Selamat mencuba dan jangan lupa untuk kongsikan resepi ini pada semua.
Kredit: Husna Haron di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)