(Video) Kelindan Lori Didenda RM2,000 Gara-Gara Tampar Pegawai JPJ Ketika Operasi

Kelindan Lori Didenda RM2,000 Gara-Gara Tampar Pegawai JPJ Ketika Operasi

 

PM170366Akibat menghalang tugas penjawat awam, seorang pembantu lori didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Johor Bahru pada hari ini.

Memetik laporanĀ Harian Metro, kejadian berlaku di Jalan Desa Palma, minggu lalu ketika pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sedang menjalankan pemeriksaan rutin terhadap lori yang membawa muatan barangan lusuh.

Tiba-tiba berang, tampar pegawai JPJ

PM170364
Sekadar gambar hiasan

Pemeriksaan itu mendapati lori berkenaan melakukan pelbagai kesalahan, termasuk cukai jalan tamat tempoh dan pemandu tanpa lesen GDL yang sah.

Situasi bertukar tegang apabila suspek, yang tiba-tiba muncul, naik berang. Dia dilaporkan menunjukkan isyarat lucah, menampar muka seorang pegawai JPJ, dan turut mengeluarkan kata-kata kesat.

Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, suspek berjaya diberkas pada malam yang sama di Taman Maju Jaya selepas pihak berkuasa bertindak pantas berdasarkan maklumat yang diterima.

Ada tiga rekod lampau

PM170363
Sekadar gambar hiasan

Hasil siasatan awal mendapati suspek mempunyai tiga rekod lampau membabitkan kesalahan jenayah termasuk mencuri dan memiliki barangan curi.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga dua tahun atau denda maksimum RM10,000, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Selepas membuat pengakuan bersalah di mahkamah, Majistret Hidayatul Syuhada Shamsudin memerintahkan tertuduh didenda RM2,000.

Jika gagal membayar denda, tertuduh perlu menjalani hukuman penjara selama tiga bulan.

Tanpa sebab yang jelas, akhirnya didenda pula. Sebagai orang biasa, hargailah tugas penguatkuasa yang sekadar menjalankan tanggungjawab mereka. Tindakan terburu-buru seperti ini hanya akan menyusahkan diri sendiri dan memperbesar masalah. Marilah kita bersama-sama menjadi masyarakat yang lebih beradab dan bertanggungjawab.

Lepas Tekan Tutup, Jika web berubah jangan tekan "x" kat paling atas. tapi "tekan kembali" je kat screen bawah phone sampai masuk ke artikel semula
sambung baca tanpa ganguan...