SEBUT sahaja kerang, tentu ramai yang terliur. Sama ada direbus, masak sambal, kerabu atau dijadikan rencah masakan bergoreng, keenakan rasa kerang yang manis memang membuka selera.
Kerang yang telah direbus ini banyak digunakan dalam masakan seperti char kuetiau atau mi kari.
Namun ramai yang mengalami keadaan isi kerang rebus tidak cantik dan liat. Paling membazir hanya isi bahagian tengah sahaja boleh diambil!
Berkongsikan petua dan cara merebus kerang daripada Yatie Kitchen yang mudah. Hasilnya memang gerenti memuaskan hati.
Tips rebus kerang bagi cantik elok macam cermin
Bahan Di Perlukan:
PETUA REBUS KERANG
1. Didihkan air terlebih dahulu.
2. Selepas air mendidih baharu masukkan garam dan kerang.
3. Rebus dalam tiga minit, jangan sampai cengkerangnya terbuka.
4. Tutup api kemudian buang air panas tadi.
5. Masukkan air dan ais ke dalam periuk. Ia bertujuan untuk menghentikan proses memasak kerang.
6. Kemudian baharu buka cengkerangnya satu persatu. Cantik kejadiannya.
Manakala Zila Nur Aril pula berkongsi tip tambahan agar isi kerang elok terutama bagi yang membeli kerang segar.
“Rebus tiga hingga empat minit sahaja. Jangan lama sampai terbukam nanti isinya kecut. Bilas dengan air biasa atau air sejuk,” kongsinya.
Tambah Zila, jika kerang masih hidup elakkan menyimpannya ke dalam peti sejuk sebelum direbus barulah isi kerang yang direbus ‘gemuk’ dan tidak liat.
Selamat mencuba, Semoga bermanfaat!
Sumber: Yatie Kitchen / Mingguanwanita