PADA hari ini, ramai sebenarnya yang mampu menjana pendapatan lumayan dengan menggunakan media sosial.
Antara cara yang paling popular adalah dengan melakukan pemasaran affiliate menerusi aplikasi TikTok.
Dengan berkongsi video, anda akan menerima komisyen setiap kali ada yang membeli melalui pautan yang dikongsi.
Seorang wanita dikenali sebagai Adalyna turut berkongsi kisah kawannya yang berniaga secara affiliate menerusi TikTok.
Dalam video yang dimuat naik, Adalyna mendedahkan kawannya itu mampu menjana sehingga RM10,000 melalui satu video sahaja.
Perkongsian wanita ini mengenai pendapatan rakannya tular di TikTok.
“Saya baru tahu satu video affiliate boleh buat sampai RM10,000. Buktinya, ini kawan saya. Dia buat affiliate. Bukan satu bulan, satu video boleh jana sampai RM10,000.
“Saya macam tergamam, terduduk ya dengar cerita dia tadi. Tak tahulah berapa ribu dia dah dapat in total tapi memang ‘masyuklah’ sebab dia kerja working hour as usual.
“Pada masa sama, dia buat affiliate. Zaman sekarang ni siapa je tak beli barang kat TikTok? Jadi anda buat sajalah video yang simple, kalau ada orang beli, anda akan dapat komisyen,” ujarnya.
Selain affiliate di TikTok, Adalyna turut berkongsi satu lagi side hustle yang boleh anda lakukan untuk menjana pendapatan.
“Yang kedua anda boleh cuba gig job. Gig job ni asasnya ia kerja-kerja yang macam freelance, contoh kalau saya nak buat acara, lepas tu saya nak ada kru untuk acara tu, saya boleh post dekat Facebook atau aplikasi macam Troopers atau Fiverr.
“Dekat platform-platform ini mereka memang akan selalu upload vacancy untuk kerja part time. Dan anda boleh pilih sendiri ikut masa anda dan berapa hari anda nak bekerja,” terangnya lagi.
Tambah Adalyna, satu lagi side hustle yang menjana pendapatan lumayan adalah dengan bergelar sebagai pencipta kandungan kerana ia boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja.
Namun pada penghujung video, dia berpesan kepada mereka yang mahu menjadi pencipta kandungan agar menghasilkan video yang memberi manfaat kepada masyarakat.