“Allahuakbar baru tahu apa yg terjadi.. “Netizen sebak bila tahu ini punca sebenar pakcik Faizan jadi sakit Mental…
Mangsa OKU tersebut adalah sahabat schoolmate saya di SMKA Sheikh Abdul Malek (SHAMS). Kami panggil dia Paijang. Seorang yang sangat kami hormati ketika sekolah, sbb beliau sangat aktif dalam sukan terutama hoki. Semua orang kenal beliau di sekolah. Namun lepas SPM, beliau diuji dengan gangguan mental. Keadaan dia on/off selepas tu. Ada masa ok, ada masa tak ok. Nasib dia tak baik. Dia juga merupakan seorang suami dan seorang ayah. Dia memang OKU, tapi setau kami dia tak pernah bertindak ganas, cuma mulut je kadang2 bising dan kasar. Kebiasaannya dia sangat happy orangnya dan suka bergurau. Selalu buat kelakar. Hingga kini, kami masih berhubung dan mengikuti perkembangan antara satu sama lain di dalam WhatsApp batch kami SHAMS95.
Paijang kami. Sentiasa senyum orangnya.
Tengahari smlm group WhatsApp kami dikejutkan dgn video viral paijang dipukul di Pasar Pagi, Padang Astaka, Kemaman. Lepas tu salah sorg dari kami dapat call dari adik paijang memaklumkan dan mengesahkan perkara tersebut. Hancur luluh hati kami melihat Paijang diperlakukan sebegitu. Tindakan yang tidak berperikemanusiaan dan tidak bermaruah. Yang lebih menyedihkan, mereka memang tau Paijang seorang OKU. Dalam Video#01 jelas kedengaran abang baju hitam halang orang pukul Paijang dengan menyatakan Paijang “dok betol” (kurang siuman). “Dia dok betol, kalu mung duk bahang orang dok betol, mung la dok betol” (Dia tak siuman, kalau kamu pukul orang tak siuman, kamu pon dikira tak siuman juga). Terima kasih abang baju hitam sebab menolong Paijang dalam keadaan Paijang lemah!. Tapi “samseng2” itu masih terus menganiaya Paijang. Hanya orang dayus dan bacul sahaja yang sanggup pukul OKU.
Bersama-sama dalam larian Marathon Terengganu. Paijang paling kanan pakai sunglass.
Kenapa Paijang langgar gerai Mee goreng? Tidak jelas punca sebenar. Tapi Paijang mendakwa ada orang terajang motor dia hingga dia terbabas langgar gerai mee goreng. Boleh lihat dalam Video#02 Paijang tengking tanya “Sape terajang aku??”. Dan ada beberapa orang yang menulis di ruangan komen mengaku menjadi saksi bahawa memang motor Paijang ditendang hingga terbabas melanggar gerai Mee. Dalam video tu memang Paijang nampak sedikit kasar dan dalam keadaan marah sebab orang salahkan dia. Dah tau Paijang ada masalah mental, kenapa perlu marah dan provoke dia?? Sepatutnya bantu dan tolong sebab dia terbabas. Kemudian baru bincang macamana nak selesai, kalau Paijang tak boleh dibawak bincang masa tu, tunggu polis datang. Bukannya lepaskan perasaan pukul Pijang ikut nafsu syaitan.
Salah seorang saksi: “Ada orang sepak motor dia”
Paijang juga diheret oleh beberapa “samseng” sambil ditengking oleh orang ramai. Masa tu Paijang dengan jelas mengadu sakit sambil memohon maaf dari pemuda baju belang (Video#03). Namun dibalas dengan terajang oleh pemuda tersebut. Kemudian ditambah pula terajang dan tumbukan oleh lelaki memakai helmet dan baju hujan hitam yang tiba-tiba je muncul entah dari mana. Mungkin dia bukan manusia kot, sbb tiba2 je muncul.
Kad OKU.
Kemudian ada video di mana Paijang menahan kesakitan dan pedih di bahagian muka, meminta air mineral utk basuh muka tapi tiada siapa yang layan. Akhirnya Paijang menadah muka di air hujan, tapi mukanya disepak pula oleh seorang pakcik berbaju merah, yang mengheret Paijang sebelum tu. Pada masa yang sama terdengar suara perempuan dalam video, “sabor Pok Zul!”. Saya tak dapat share video tersebut sebab terlalu menyedihkan dan memalukan. Seorang yang mengaku Islam, tapi tindakan ibarat syaitan. Semoga Pok Zul mendapat taufik dan hidayah dari ALLAH swt.
Ye, kami tak ada ditempat kejadian, kami tak tau keadaan sebenar. Kami tak tau apa yang Paijang buat selain yang kami lihat dalam Video2 yang viral. Namun, selagi Paijang tidak mendatangkan ancaman secara fizikal, tidak ada seorang pon dalam dunia ni yang berhak lakukan sebegitu kepada Paijang. Mungkin Paijang bercakap kasar selepas terbabas dan selepas dimarahi orang ramai, namun langsung tidak ada video yang menunjukkan Paijang bertindak kasar secara fizikal. Kamu semua juga dah tau dia OKU. Kamu semua patut bantu dia. Mana akal dan iman kamu semua? Tindakan kamu semua sangat memalukan Islam. Memalukan Melayu. Memalukan Terengganu.
Laporan polis yang dibuat oleh adik Paijang
Saya mewakili SHAMS95 amat berharap pihak Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) dapat memberikan keadilan kepada Paijang. “Samseng2” yang terlibat patut diambil tindakan yang sewajarnya. Kepada pemilik gerai, pelbagai kutipan derma sedang dijalankan bagi meringankan beban kerugian anda. Semoga masalah antara Paijang dan tuan gerai dapat diselesaikan dengan baik. Kepada samseng2 yang terlibat, semoga anda semua mendapat balasan yang setimpal dan diberikan keinsafan oleh ALLAH swt. Kepada Paijang, semoga ALLAH lindungi Paijang dan berikan kesembuhan kpd Paijang. Sahabat2 Paijang sedang membantu dari setiap segi, perundangan, kesihatan, kebajikan dan segalanya. Untuk makluman, ketika ini Paijang sedang berada di Wad Psikiatri HSNZ untuk tujuan rawatan dan penilaian. Mohon semua doakan agar ALLAH mempermudahkan segala urusan Paijang.
Antara “Samseng2” yg dirakam dalam video-video yg tersebar. Yang tak dirakam tak tau la brape ramai..
Fadzli,
Mewakili SHAMS95,
5.00ptg, 18 Jan 2025.
Sumber – FB Engku Fadzli