Marsha Milan Londoh ialah seorang penyanyi, pengacara dan pelakon Malaysia yang terkenal kerana berlakon dan pernah meraih tempat keempat dalam Akademi Fantasia Musim 3 dan pernah membintangi drama televisyen Internet buatan Malaysia yang pertama,Kerana Karina, di laman web gua.com.my.
Marsha berketurunan Kadazan-Dusun dan merupakan sepupu kepada Linda Nanuwil. Marsha pernah memberitahu media bahawa dia mahu dikenali sebagai Marsha Milan.
Marsha kini kembali aktif dalam bidang nyanyian terutamanya selepas dia memenangi tempat kedua pada Anugerah Juara Lagu yang terdahulu. Kini lagu-lagu nyanyiannya sentiasa menjadi pilihan pendengar sehingga dapat melayakkannya ke Ajl pada setiap tahun.
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @dia.kayangan yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 1.8 juta, tanda suka sebanyak 74.2 ribu dan sebanyak 750 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan sewaktu Marsha Milan pulang ke kediamannya, beliau disambut dengan gembira oleh suaminya setelah merangkul gelaran juara pada AJL yang ke-39 baru ini.
Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa Marsha Milan sangat beruntung kerana peroleh suami yang sangat menyokong kerjayanya itu.
Apa-apa pun, semoga Marsha Milan terus mewarnai industri muzik tanah air. Semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat.