PENYANYI Azam Smile ditemukan sudah tidak bernyawa dalam keadaan meniarap di atas katil rumahnya di Shah Alam, Selangor pada Rabu.
Adam atau nama sebenarnya Shukri Zainal, menghembuskan nafas terakhir pada usia 38 tahun akibat pembuluh darah pecah kerana kurang tidur.
Menurut pengurusnya yang dikenali sebagai Vina, jasad arwah ditemukan dalam keadaan sejuk, manakala hidung serta tangannya sudah membiru.
“Dia ditemukan sudah tidak bernyawa dalam keadaan meniarap di atas katil di rumah. Hidung dan tangannya sudah biru dan berada dalam keadaan sejuk.
Azam sempat berbual dengan pengurus sebelum ditemui meninggal dunia.
“Terdapat bantal di dada dan di depannya ada komputer riba,” katanya.
Kata Vina, dia sempat menghubungi arwah sebelum pergi ke rumahnya untuk mengajak makan malam bersama.
Bagaimanapun setibanya di kediaman penyanyi berkenaan, tiada sahutan daripada arwah sehingga terpaksa meminta bantuan rakan-rakan untuk memecah masuk ke dalam rumah.
Malah makanan yang dipesan Allahyarham juga langsung tidak terusik.
“Kali terakhir saya berhubung dengannya sekitar pukul 2 petang semalam bagi bertanya sama ada sudah makan tengahari atau belum.
“Dia cakap sudah tempah ‘prawn macaroni’. Pukul 6.50 petang, saya hubungi untuk pergi makan malam, tapi tak berjawab. Dia tinggal seorang diri di satu kawasan kediaman di Shah Alam.
“Saya risau dan bergegas ke rumahnya. Setiba di sana, saya tekan loceng dan ketuk pintu tak berjawab.
“Saya hubungi beberapa rakannya yang tinggal berdekatan, antaranya Zam Handy Black untuk minta bantuan. Mereka dapati pintu berkunci dari dalam dan mereka umpil pintu hingga hampir pecah.
Azam tinggal bersendirian di Shah Alam.
“Saya hubungi ambulans, unit peronda dan petugas kesihatan. Mereka tiba dan kemudian sahkan dia sudah tiada,” katanya lagi.
Jenazah sudah selamat dikebumikan di kampung halamannya di Batang Rokan, Gemencheh, Negeri Sembilan pada Khamis.
Azam cukup terkenal dengan dua single iaitu Sudahlah Sayang dan Atas Cintamu.
Malah Allahyarham juga dipercayai baharu sahaja selesai merakamkan lagu raya berjudul Gedebak Gedebuk Raya bersama syarikat Javs Team.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!