Akhirnya ,Ustaz didakwa pukvl pelajar dilucut tugas, sebagai mutawif, bukn itu saja, ni yg berlaku 👉🏻

INDIVIDU yang didakwa mencederakan seorang pelajar sekolah menengah di Saujana Impian, Kajang, pada 14 Mac lalu, diberhentikan tugasnya sebagai mutawif.

Perkara itu dimaklumkan agensi pengembaraan dan pelancongan, Atlis Holidays Sdn Bhd (Atlis Holidays) dalam satu kenyataan pada petang Isnin.

Atlis Holidays menegaskan bahawa pihak syarikat tidak pernah melantik suspek sebagai ‘penasihat syariah’ mereka sebagaimana yang dipaparkan di butiran profil media sosial Facebook miliknya.

Jelasnya, suspek hanya bertugas sebagai mutawif secara sambilan dengan syarikat tersebut.

“Tugas beliau sebagai mutawif diberhentikan serta-merta.

“Pihak syarikat tidak mempunyai sebarang kaitan dan tanggungjawab serta liabiliti terhadap tindakan peribadi suspek tersebut. Akhlak pelaku tidak mewakili keseluruhan syarikat,” menurut kenyataan itu.

3217514Seorang remaja berusia 17 tahun mengalami kecederaan dalam insiden itu.

Susulan itu, menurut Atlis Holidays, pihaknya membuat laporan polis untuk melindungi perniagaan, selain tindakan suspek yang memuat naik butiran profil Facebook didapati mengelirukan masyarakat umum.

“Kami berharap isu yang sedang berlaku antara suspek dan mangsa dapat diselesaikan dengan seadilnya oleh pihak berkuasa.

“Kami juga menegaskan bahawa pihak syarikat tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya terdapat komen-komen atau hantaran-hantaran berbaur ancaman, ugutan atau fitnah yang dilemparkan ke atas syarikat berikutan tindakan suspek,” tambah kenyataan itu.

Terdahulu, dilaporkan suspek berusia 39 tahun yang juga merupakan pengerusi surau ditahan polis kerana didakwa mencederakan seorang pelajar berusia 17 tahun akibat perselisihan faham semasa memandu.

Akibat kejadian itu, remaja lelaki berkenaan mengalami retak tulang batang hidung dan mendapatkan rawatan di Hospital Kajang.

Suspek direman sehari pada Sabtu untuk membantu siasatan dan dibebaskan dengan jaminan polis pada Ahad.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof dilaporkan berkata, kertas siasatan sedang dilengkapkan dan akan dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya (TPR) pada minggu ini.

Lepas Tekan Tutup, Jika web berubah jangan tekan "x" kat paling atas. tapi "tekan kembali" je kat screen bawah phone sampai masuk ke artikel semula
sambung baca tanpa ganguan...