Meskipun, akhbar Sin Chew Daily tersebut telah mengambil langkah bertanggungjawab dengan menggantung kedua-dua individu tersebut iaitu satu bentuk akauntabiliti dalaman yang jelas.
“Adalah amat memalukan apabila pihak polis bertindak keterlaluan dengan menahan editor dan timbalan editor akhbar harian berbahasa Cina, Sin Jit Poh, hanya kerana kesilapan tidak sengaja dalam mengabaikan lambang bulan sabit pada Jalur Gemilang,” katanya menerusi hantaran di laman sosial Facebook beliau, semalam.
Susulan, permohonan maaf rasmi daripada pihak pengurusan atas kesilapan, telah diperbetulkan dan memadai tanpa perlu ada tindakan lanjut yang menghukum.
“Simbol kenegaraan memang membawa makna. Namun, tahap keseriusan kesalahan itu harus ditimbang mengikut konteks: ia adalah satu kesilapan jujur, yang telah segera diakui dan disusuli dengan permohonan maaf yang ikhlas serta terbuka kepada umum,” jelasnya.
Sehubungan itu, Ramasamy juga berkata, kesilapan adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan dalam apa jua bidang, termasuk kewartawanan.
“Apa yang lebih penting ialah bagaimana kesilapan itu ditangani dan dalam kes ini, maklum balas daripada Sin Jit Poh jelas bertanggungjawab dan penuh keinsafan,” ujarnya.
Beliau menegaskan, kefahaman berkenaan erti keadilan dan peranan sebenar polis dalam masyarakat patut dipersoalkan, jika mereka tidak dapat menerima permohonan maaf yang jelas dan terbuka.
“Pendekatan keras sebegini hanya menyerlahkan ketidakseimbangan dalam menangani sesuatu kesilapan yang jelas berlaku tanpa niat jahat.” katanya yang juga tidak menafikan kelalaian atas kesilapan tersebut adalah perkara serius dan tidak boleh dipandang ringan.
Menurutnya, pasukan polis kelihatan seolah-olah lebih berminat memburu kesilapan editorial berbanding menangani isu-isu keselamatan yang lebih mendesak dan jelas berlaku dalam negara.
“Adalah memalukan bahawa dalam sistem demokrasi yang kononnya kita amalkan ini, kebebasan media masih lagi kekal sebagai satu ilusi rapuh—mitos yang sering dihancurkan oleh campur tangan negara,” tambahnya.
Terdahulu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Ketua Editor dan Timbalan Ketua Penyunting Sin Chew Daily ditahan bagi membantu siasatan berhubung isu penyiaran ilustrasi Jalur Gemilang yang tidak lengkap di muka hadapan akhbar itu, namun dibebaskan dengan jaminan polis.
Susulan polis menerima lebih 40 laporan berhubung isu kesilapan Jalur Gemilang itu di seluruh negara.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 3(1)(c) Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963 serta Seksyen 4(1)(b) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.
Sumber – airtimes.my