Skip to content

My Media Maya

Informasi Ilmia Harian Anda

Menu
  • Home
    • Penafian
    • Dasar Privasi
  • Semasa
  • Pengetahuan
  • Kesihatan
  • Ibadah
  • Doa
  • Tazkirah
Menu

“Abang angkat kini bapa tiri, betul ke ada” (Video) Beza Umur Dengan Ibu 20 Tahun,Gadis Ini Anggap Dah Jodoh

Posted on April 13, 2022 by admin

Abang angkat kini bapa tiri, betul ke ada ‘plot twist’? Beza umur dengan ibu 20 tahun, gadis ini anggap dah jodoh

“MULA-mula ‘berangkat’, akhirnya jadi bapa tiri”

SIAPA sangka lelaki yang dahulunya bergelar abang angkat, kini bertukar status menjadi bapa tiri.

Begitulah kisah Norziha Syuhada Rosili, 23, yang dikongsi kepada mStar, dia mengenali lelaki berusia 31 tahun bernama Hafizi selama lebih 12 tahun sekali gus menjadikan hubungan mereka akrab seperti adik dan abang.

Lebih mesra disapa Jiha, dia bercerita mengenai bagaimana abang angkatnya itu bertemu jodoh dengan ibu kandungnya, Hatini Mat Isa, 51, dan mendirikan rumah tangga pada Mac 2021.

“Masa umur saya sembilan tahun, ayah kandung meninggal empat hari sebelum hari raya. Disebabkan tiada lelaki dalam ahli keluarga saya, dua bapa saudara saya datang dan duduk dekat rumah ni untuk jaga keluarga kami. Mereka berdua sanggup datang dari Kedah ke Perak semata-mata untuk jaga kami. Kebetulan pula masa tu mereka ni masih bujang.

“Satu hari, bapa saudara ajak kawan datang beraya di rumah. Dalam ramai-ramai kawan dia tu, ada seorang yang rapat dengan keluarga saya. Dia (Hafizi) baru berusia 19 tahun dan masa tu saya kecil lagi, jadi saya panggil dia abang.

“Dia selalu ambil berat tentang keluarga saya. Kami susah senang pun semua dengan dia. Masa rapat tu adik saya yang bongsu baru berusia dua bulan selepas ayah meninggal,” ujarnya.

Ibu kandung (kiri) dan abang angkat Jiha mendirikan rumah tangga pada Mac 2021.

Disebabkan jarak usia dan umur lelaki itu tidak jauh beza, Jiha menggelarkannya abang meskipun telah menganggapnya seperti bapa sendiri.

Jelas gadis yang menetap di Sungai Siput, Perak ini, abang angkatnya mengambil keputusan untuk memperisterikan ibunya atas dasar ikhlas kerana mahu menjaga familinya seperti ketua keluarga.

Tambah anak sulung daripada empat-beradik itu, dia dan adik-adiknya akur dengan keputusan itu, malah berasa senang hati apabila lelaki berkenaan menikahi ibunya.

“Abang angkat saya juga orang Perak. Dia duduk dengan keluarga sendiri dekat sini. Dari saya dan adik-adik kecil lagi dia ulang-alik untuk jenguk kami.

“Sebenarnya saya tak anggap dia macam abang pun, tapi lebih kepada ayah angkat. Tapi sebab jarak umur dia dengan ibu 20 tahun, jadi saya lebih selesa panggil dia abang.

“Selepas dia berkahwin dengan ibu, saya kena tukar panggilan tu kepada ayah sebab dah jadi bapa tiri dan bukan lagi abang angkat. Mula-mula janggal sebab dah terbiasa panggil abang tapi lama-lama bolehlah,” katanya lagi.

Jiha akui sedikit janggal untuk menerima bapa ‘baharu’ dalam hidupnya.

Mengenai video yang dimuat naik hingga tular, Jiha tidak menyangka netizen tertarik dengan kisahnya sehingga meraih lebih 2,000 komen menerusi perkongsian di aplikasi TikTok.

“Ingat suami akak, melawan hukum angkat-angkat ni”

Mula-mula tu sebenarnya saya tak sedia nak ada ayah tiri, tapi nak buat macam mana kalau dah jodoh. Saya cuma doakan yang baik-baik.

JIHA

“Elok-elok panggil abang kena panggil ayah pula”

“Weh! Plot twist drama melayu betul,” antara komen beberapa netizen.

Antara komen netizen.

Walau bagaimanapun, menurut gadis yang sudah bertunang pada Oktober 2021, dia reda dan menerima segala ketentuan dan takdir yang ditetapkan oleh Allah.

“Ramai ingat saya bercinta dengan abang angkat tu. Bunyinya agak pelik, tapi benar. Ibu saya yang kahwin dengan dia bukan saya.

“Mula-mula tu sebenarnya saya tak sedia nak ada ayah tiri, tapi nak buat macam mana kalau dah jodoh. Saya cuma doakan yang baik-baik tentang kebahagiaan ibu dan bapa baru,” katanya.

Sumber Dan Rujukan

Mstar

Share this:

Related posts:

  • Inilah 4 Benda Yang Sangat Berba’haya Tidak Boleh Disimpan Di Dalam Peti Sejuk

  • Ada yang ‘s4kit hati’ tengok Maria Farida terlalu lawa, Pelbagai gelagat komen dari natizen

  • Pernah Ditolak Pinjaman Konon Rakyat Malaysia Tak Makan Burger, Kini Jualan Ramly Burger Cecah RM1 Bilion

  • 0rang Pertama Dibekukan H!dup2 Selama 54 Tahun. Dan Pada 2017 Yang Lalu Ekperimen Ini Menjadi Sebuah Sejarah Dunia

  • Bapa tunggal ini terpaksa berhenti kerja dan meng’emis sambil membawa anak kecil

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terbaru

  • “Leher Terpaksa Dite’buk” Al…
    May 25, 2022
  • Anak-anak sampai tegur agar naikkan 10 s…
    May 25, 2022
  • Petua Rimbunkan Pokok Kari Yang Tanam Da…
    May 24, 2022
  • Teknik Petani Thailand Tanam Ubi kayu Ag…
    May 24, 2022
  • Lepas Ni Jangan Buang Dulu Kulit Bawang …
    May 24, 2022
  • Tak Habis-habis Nak Petik, Ini Tips Nak …
    May 24, 2022
  • Mudah Sangat Tanam Kobis Dipasu Bunga, L…
    May 24, 2022

Kategori

  • Akhir Zaman
  • Al-Ftihaha
  • Artis
  • Artis Malaysia
  • Bantuan
  • Bola Sepak
  • Brain Wash
  • Doa
  • DUNIA
  • Ebit Lew
  • history
  • Ibadah
  • Ilmu
  • Indonesia
  • Isu Keluarga
  • Kalimah Allah SWT.
  • Keajaiban
  • keluarga
  • kemanusiaan
  • Kesihatan
  • Kisah Mualaf
  • malaysia
  • MKN
  • Pengajaran
  • Pengetahuan
  • Pesanan
  • Petua
  • Politik
  • resepi
  • Semasa
  • seram
  • Soalan
  • Story
  • Sunnah
  • Tauladan
  • Tazkirah
  • Tips
  • ustaz
  • Ustaz Abdul Somad
  • Ustaz Azhar Idrus
  • Ustazah
  • viral
  • zakir naik

ARKIB

  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • September 2019
  • June 2019
  • March 2019

ads

© 2022 My Media Maya | Powered by Superbs Personal Blog theme