
Adik kepada selebriti terkenal Fattah Amin dikenali sebagai Raihan berkongsi foto abangnya bersama ibu ayah selepas prosedur penceraian di mahkamah semalam.
Gambar itu asalnya dimuat naik oleh kelab peminat Fattah Amin menyatakan cukuplah kehadiran ibu dan ayahnya sebagai bodyguard.

Adik Fattah Amin memohon supaya Allah SWT memelihara insan-insan istimewa dalam hidupnya itu daripada menjadi bahan cacian dan hinaan.

Terdahulu, Raihan berkongsi petikan nasihat kepada umum mengenai perbuatan ghibah (mengumpat). Petikan itu menjelaskan mengenai dosa ghibah dan larangan mengambil tahu mengenai urusan rumah tangga orang lain.
Jap!.
Rujukan kami: Instagram Raihanaminz