Skip to content

My Media Maya

Informasi Ilmia Harian Anda

Menu
  • Home
    • Penafian
    • Dasar Privasi
  • Semasa
  • Pengetahuan
  • Kesihatan
  • Ibadah
  • Doa
  • Tazkirah
Menu

“Air Pasang Besar ” Limpahan Sungai Melaka Punca Banjir Di Kampung Morten

Posted on January 3, 2022 by admin

Air Pasang Besar, Limpahan Sungai Melaka Punca Banjir Di Kampung Morten

MELAKA, 2 Jan – Kejadian banjir di Kampung Morten di sini ketika ini berpunca daripada fenomena air laut pasang besar dan limpahan air Sungai Melaka berikutan hujan berterusan sejak beberapa hari lepas, kata Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Melaka Abd Hakim Hamzah.

Beliau berkata walaupun hujan sebenarnya tidak terlalu lebat di Melaka apabila merekodkan sekitar 150 milimeter (mm) semalam, namun ia dilihat berterusan, dan pada masa sama menerima aliran air sungai yang agak banyak dari Tampin, Negeri Sembilan yang mengalir ke laut melalui negeri ini.

“Kemuncak air pasang besar berlaku di Melaka adalah pada pukul 8 pagi tadi dan bertembung dengan air dari Sungai Melaka menyebabkan limpahan air ke sekitar Kampung Morten.

“Ia menyebabkan kawasan pelancongan itu mengalami banjir dan ia akan surut pada sebelah petang walaupun mengambil sedikit masa kerana air pasang besar juga lambat surut,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Menurutnya Kampung Morten akan terus dilanda banjir sehingga Selasa ini memandangkan air laut pasang besar berlaku pada setiap hari, manakala amaran hujan lebat diteruskan sehingga tempoh berkenaan.

Abdul Hakim berkata ketika ini JPS Melaka telah membuka semua pintu air yang terdapat di negeri itu dalam usaha mengurangkan limpahan air sungai ke kawasan rendah.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebelum ini mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan peringkat jingga di Pahang membabitkan Jerantut, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin, selain Negeri Sembilan, Melaka, Johor (Segamat, Kluang, Mersing, Kulai dan Kota Tinggi) dan Sabah (Sandakan, Telupid, Beluran dan Kudat).

Terdahulu, tular beberapa gambar dan video di laman sosial memaparkan mengenai kejadian banjir yang berlaku di Kampung Morten hari ini.

-Bernama Via Siakap Keli

Share this:

Related posts:

  • Fuyooo, Luar nampak macam rumah usang kebun, Sekali Masuk Terkezutt Lihat Macam Tema Istana

  • Alhamdulillah “Adik Bella Kini Tiada Gangguan Emosi” Kecederaan Luka Sudah Pulih – PM

  • Tahanan Rohingya Lolos “Dua Dalang Utama Ditahan” Dua Masih Dikesan

  • “Jemaah Haji B40 Dikenakan Bayaran Haji RM 10,980 Tahun Ini” Naik RM 1,000 Berbanding 2019

  • Kes Kematian Penunggang Basikal Lajak “Pemandu Wanita Dibebas Dengan Jaminan Polis”

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terbaru

  • “Leher Terpaksa Dite’buk” Al…
    May 25, 2022
  • Anak-anak sampai tegur agar naikkan 10 s…
    May 25, 2022
  • Petua Rimbunkan Pokok Kari Yang Tanam Da…
    May 24, 2022
  • Teknik Petani Thailand Tanam Ubi kayu Ag…
    May 24, 2022
  • Lepas Ni Jangan Buang Dulu Kulit Bawang …
    May 24, 2022
  • Tak Habis-habis Nak Petik, Ini Tips Nak …
    May 24, 2022
  • Mudah Sangat Tanam Kobis Dipasu Bunga, L…
    May 24, 2022

Kategori

  • Akhir Zaman
  • Al-Ftihaha
  • Artis
  • Artis Malaysia
  • Bantuan
  • Bola Sepak
  • Brain Wash
  • Doa
  • DUNIA
  • Ebit Lew
  • history
  • Ibadah
  • Ilmu
  • Indonesia
  • Isu Keluarga
  • Kalimah Allah SWT.
  • Keajaiban
  • keluarga
  • kemanusiaan
  • Kesihatan
  • Kisah Mualaf
  • malaysia
  • MKN
  • Pengajaran
  • Pengetahuan
  • Pesanan
  • Petua
  • Politik
  • resepi
  • Semasa
  • seram
  • Soalan
  • Story
  • Sunnah
  • Tauladan
  • Tazkirah
  • Tips
  • ustaz
  • Ustaz Abdul Somad
  • Ustaz Azhar Idrus
  • Ustazah
  • viral
  • zakir naik

ARKIB

  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • September 2019
  • June 2019
  • March 2019

ads

© 2022 My Media Maya | Powered by Superbs Personal Blog theme