Pelawak dan penyampai radio terkenal, Jep Sepahtu, menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-40 dengan penuh rasa syukur dan sebak apabila menerima hadiah paling bermakna dalam hidupnya.
Dalam perkongsian menyentuh hati di Instagram, Jep berkongsi momen istimewa yang buat dirinya menitiskan air mata tanpa henti.
Jep sebak terima hadiah syurga

Jep meluahkan bahawa hadiah yang diterimanya kali ini bukan sebarang hadiah, sebaliknya satu anugerah luar biasa dari Allah yang cukup menyentuh jiwa.
Beliau menganggap hadiah tersebut sebagai amanah besar yang akan dijaga sepenuh hati dengan kasih sayang dan cinta.
Baru sahaja tadi aku mendapat hadiah yang membuat airmata aku tak berhenti mengalir. Syukur Alhamdulillah atas pemberian ini.
Bapa kepada tiga cahaya mata istimewa ini turut menyatakan bahawa Khidir dan Abu Bakr, yang disebut dalam kapsyennya, adalah anugerah yang sangat berharga.
#Anaksyurga #Anakabah #Autism

Walaupun tidak menyatakan secara terperinci apakah hadiah tersebut, namun dengan hashtag seperti #anaksyurga #anakabah #autism, ramai peminat memahami maksud tersirat yang Jep cuba sampaikan.
Jep juga mengungkapkan rasa syukurnya kerana sangkaan baiknya selama ini terhadap ketentuan hidup akhirnya menjadi kenyataan.
Beliau berjanji akan menjaga amanah itu dengan sebaik mungkin hingga ke akhir hayat.
Semoga Jep terus diberi kekuatan, dan kita semua belajar untuk lebih menghargai nikmat yang tak ternilai dalam hidup ini terutamanya bila melibatkan insan-insan istimewa.
Kredit: Instagram Jep Sepahtu