Akhirnya Jamal Abdillah Tampil Bersuara Lepas Nama Osama Yamani Dipetik Cuti Ferrari

Akhirnya Jamal Abdillah Tampil Bersuara Lepas Nama Osama Yamani Dipetik Cuti Ferrari

Osama Yamani Jamal AbdillahBaru-baru ini, dunia hiburan tempatan digemparkan dengan isu seorang anak penyanyi terkenal didakwa mencuri kereta Ferrari bernilai RM300,000 di Hulu Kelang.

Menurut laporan Harian Metro, nama anak kepada penyanyi legenda Datuk Jamal Abdillah iaitu Osama Yamani tiba-tiba menjadi perhatian apabila dikaitkan dengan tuduhan tersebut.

Bagaimanapun, Datuk Jamal tampil menafikan sekeras-kerasnya dakwaan itu dan menjelaskan bahawa Osama tidak terlibat dalam isu tersebut.

“Osama kena fitnah” – Jamal Abdillah

ohmedia img 4624

Datuk Jamal mendedahkan bahawa anaknya itu kesal dengan tuduhan liar yang mengaitkannya dengan kes curi kereta mewah tersebut.

Osama mengadu hal kepada saya. Katanya, Babah, Maman dah kena fitnah. Saya tanya pasal apa dan dijawabnya pasal isu curi kereta. Saya tanya adakah Maman buat dan dia menafikannya.

Menurutnya, Osama tidak tahu-menahu tentang perkara yang diperkatakan dan kecewa apabila nama bapanya turut dikaitkan.

Osama memang rasa kecewa kerana nama bapanya disabitkan. Orang kaitkan anak penyanyi Jamal Abdillah. Itu yang dia sedih. Sebab bapanya (saya) tak tahu apa-apa.

Jamal nasihat Osama

Jamal Abdillah

Sebagai seorang bapa, Datuk Jamal menasihatkan Osama agar bersabar dan tidak terlalu mengambil hati dengan tuduhan tersebut.

Memang saya sepatutnya ambil tindakan mahkamah, saman pihak terbabit. Tengok kalau perkara ini berlarutan, nama saya disabitkan, ini anak saya, saya akan ambil tindakan mahkamah.

Jamal juga mengingatkan anaknya tentang cabaran menjadi figura umum.

Sekarang saya nasihatkan Osama inilah dia kalau kita dah popular, tak semua orang suka kita. Ada yang benci dengan kita dan akan kaitkan kita dengan benda tak elok. Bersabar dan tengok dulu apa perkembangan seterusnya.

Untuk info, kejadian yang berlaku pada 17 November di sebuah pusat cuci kereta di Jalan Hillview, Hulu Kelang itu melibatkan anak seorang penyanyi terkenal era 90-an. Walau bagaimanapun, sehingga ke hari ini masih belum dikenalpasti siapakah individu berkenaan.

Fitnah di media sosial bukanlah perkara baharu, terutamanya bagi mereka yang dikenali ramai. Jangan mudah percaya kepada tuduhan tanpa bukti sahih.

Sebagai netizen, kita perlu lebih bijak dan bertanggungjawab dalam menyebarkan maklumat. Bagi individu yang difitnah, bersabar dan gunakan saluran undang-undang untuk membersihkan nama.

Lepas Tekan Tutup, Jika web berubah jangan tekan "x" kat paling atas. tapi "tekan kembali" je kat screen bawah phone sampai masuk ke artikel semula
sambung baca tanpa ganguan...