Akhirnya Terbongkar, Lelaki Ditahan Kerana Bunuh Teman Wanita 16 Tahun Lalu
Seorang lelaki di Korea Selatan yang ditahan polis telah mengaku membunuh teman wanitanya 16 tahun lalu, lapor AFP.
Agensi Polis Daera ith Gyeongnam menerusi Balai Polis Geoje mengesahkan suspek yang kini berusia dalam lingkungan 50an itu dituduh membunuh seorang wanita pada Oktober 2008 ketika berlaku perselisihan faham.
Mangsa hanya dilaporkan hilang selepas tiga tahun kejadian tersebut berlaku. Kehilangannya tidak dapat dikenal pasti lebih awal berikutan mangsa yang kurang berhubung dengan keluarganya.
dilakukan pada 2011 berikutan laporan orang hilang itu, suspek memberitahu pihak polis bahawa mereka berdua sudah memutuskan hubungan. Kes ketika itu tidak dapat diselesaikan berikutan kekurangan bukti.
Menurut The Korea Times, pembunuhan kejam itu diketahui apabila seorang buruh binaan memecahkan binaan simen tersebut bagi membaiki kebocoran di balkoni. Beg pakaian tersebut ditemui mengandungi mayat mangsa yang tidak mereput sepenuhnya disebabkan keadaan yang bertutup.
Keadaan ini menyebabkan pihak polis berjaya mengenal pasti mangsa apabila melakukan penganalisaan cap jari.
Hasil bedah siasat menunjukkan mangsa maut apabila dipukul menggunakan senjata tumpul.
“Suspek memukul wanita berkenaan menggunakan senjata tumpul. Kemudian, suspek memasukkan mayat mangsa ke dalam beg pakaian yang besar.
“Suspek kemudiannya menyembunyikan mayat tersebut di balkoni kediaman miliknya dengan menyusun bata dan menuang simen sehingga menjadi lapisan setebal 10 sentimeter,” kata jurucakap Agensi Polis Daerah Gyeongnam.
Penemuan mayat ini membawa kepada penahanan suspek yang kini tinggal di tenggara Bandar Yangsan pada 19 September.
Suspek telah berpindah keluar dari pangsapuri berkenaan pada 2017 setelah ditangkap mengedar dadah pada 2016.
“Tuan rumah yang tinggal di tempat lain menggunakan bilik tersebut sebagai tempat menyimpan barang. Binaan konkrit itu terletak di balkoni yang terasing dari bilik atas bumbung tersebut, membuatkannya sukar untuk dilihat dari dalam bilik itu,” tambahnya.
Pihak polis tidak dapat menuduh suspek dengan tuduhan menyembunyikan mayat disebabkan statute of limitations yang telah tamat.
Sumber: AFP, The Korea Times