Akhirnya terjawab siapa pemiIik sebenar Pak Mat Western yg menjadi misteri selama ini..!

Siapa Owner Pak Mat Western? Ini Kisah Jenama Kambing Perap Nombor Satu Malaysia Yang Ramai Tak Tahu

Siapa Owner Pak Mat Western?

Identiti owner Pak Mat Western menjadi sebuah misteri di kalangan warganet. Sehinggakan, ada yang menganggap pemilik jenama popular ini adalah seorang perempuan!

Ini juga disebabkan oleh marketing Pak Mat Western yang mantap. Dalam platform media sosial mereka, antara wajah yang sering tampil adalah seorang gadis muda yang petah di hadapan kamera.

Nama wanita yang sering dikaitkan dengan jenama ini adalah Izz atau nama sebenarnya Nurina Izz Zayani. Sebenarnya, wanita tersebut bukanlah owner Pak Mat Western, malah beliau merupakan Ketua Pegawai Strategi PMW Group.

Izz Pakmat Western

Jika anda pergi ke laman web rasmi jenama ini sekalipun, anda takkan temui wajah pengasasnya. Malah, laman carian di internet juga sukar untuk beri jawapan ini. Jadi, siapa sebenarnya pemilik jenama terkenal ini?

Mungkin ramai yang tak tahu sebenarnya Pak Mat Western ialah perniagaan adik-beradik. Nama Pak Mat pula diambil daripada nama bapa mereka yang asalnya merupakan tukang gunting rambut. Disebabkan oleh nama Pak Mat ini jugalah ada yang menganggap owner Pak Mat Western adalah seorang lelaki tua.

Namun, beberapa sumber mengatakan bahawa adik-beradik yang mengasaskan jenama ini masih muda dan berusia dalam lingkungan usia 30an sahaja. Memang hebatlah penangan adik-beradik ini mengendalikan bisnes hingga mampu mencapai jualan jutaan ringgit!

Bisnes Pakmat Western

Owner Pak Mat Western Buat Kemunculan?

Meskipun tidak pernah tampil di televisyen atau media sosial, namun satu-satunya kemunculan umum yang pernah dilakukan oleh pemilik Pak Mat Western adalah ketika Sambutan Malidur Rasul Peringkat Pulau Pinang pada November 2019.

Dalam majlis tersebut, penerimaan Anugerah Qudwatur Rasul Shabab telah diwakili oleh salah seorang pemilik bisnes tersebut iaitu Nor Qaiyum Muhamad. Usahawan muda yang ditemui dalam majlis tersebut percaya bahawa setiap bisnes tidak boleh dibina dengan tergesa-gesa. Sebaliknya, peniaga perlulah menambah ilmu supaya perniagaan mampu berkembang dengan lebih baik.

owner pak mat western

Kredit : Harian Metro

Pemuda yang berusia 29 tahun itu juga berkata meskipun tiada pendidikan tinggi, namun beliau tidak pernah berputus asa untuk memajukan diri dan membangunkan perniagaan secara perlahan-lahan atas usaha sendiri tanpa membuat pinjaman bank.

Kini Pak Mat Western yang menjadi kebanggaan warga Pulau Pinang ini telah dikenali seantero Malaysia dek kerana marketing yang cukup mantap. Ramai yang turut memuji kualiti serta keenakan produk Pak Mat Western yang dijamin segar, lazat dan mampu dinikmati dengan harga yang berpatutan.

Lepas Tekan Tutup, Jika web berubah jangan tekan "x" kat paling atas. tapi "tekan kembali" je kat screen bawah phone sampai masuk ke artikel semula
sambung baca tanpa ganguan...