Aku share sikit tips nak kuah laksam tu sedap dan berlemak.Tips no 2 tu penting.
Tips Nak Buat Kuah Laksam atau Laksa Lemak Kelate Supaya Rasa Padu!
Kalau nak kuah laksam atau laksa lemak Kelate tu rasa kaya, lemak, dan sedap meletop, jom ikut tips ni. Yang baru nak belajar elok masuk kelas, senang semua dah siap sukat, tinggal campak je!
1. Ikan mesti fresh!
Rebus ikan tu dengan garam dan cuka – bukan setakat bagi sedap, tapi nak bagi isi ikan tu pejal, senang nak ambik isi lepas tu.
2. Bawang kena ada dua jenis.
Guna campuran bawang merah biasa + bawang holland – dua-dua ni bantu bagi kuah tu rasa manis dan wangi semulajadi.
3. Santan jangan kedekut.
Nak kuah lemak, mestilah santan kena banyak. Baru rasa dia ‘naik’ dan pekat.
4. Sukatan garam & gula kena ngam.
Jangan main agak-agak sangat, sebab kuah ni nak kena balance dengan rasa pedas sambalado kita. Kena pandai kawal supaya semua rasa ‘masuk’.
5. Semua bahan blend kena halus.
Kisar betul-betul sampai halus, biar kuah tu tak berketul dan rasa dia lebih sekata.
6. Nisbah air, ikan & santan kena tepat.
Jangan kedekut ikan dan santan, tapi jangan pulak terlebih bawang, nanti kuah tu rasa ‘bawang sangat’ pulak.Nak kuah tak cepat basi, putih bersih boleh la pakai santan kotak kara saja.Sedap!
7. Ulam kena cukup meriah!
Antara yang biasa masuk:
– Kacang panjang
– Daun samok
– Bunga kantan
– Timun
– Taugeh
– Kubis putih (jika suka)
Nota: Daun kesum jarang letak, takut ada pelanggan yang tengah makan ubat, nanti mabuk katanya hehe.
Tujuan rebus ikan dengan cuka tu?
Nak bagi isi dia pejal dan senang nak asingkan isi dari tulang. Haa… trick simple, tapi ramai tak tahu!
Selamat mencuba!
Moga jadi kuah paling padu dalam kampung kau nanti.Ohh ye kalau nak belajar buat laksam dan laksa lemak untuk niaga atau masak untuk family,kau boleh masuk kelas yang aku buat secara pjj, resepi kuah laksa yang dah lebih 40 tahun buat niaga.Byee