Skip to content

My Media Maya

Informasi Ilmia Harian Anda

Menu
  • Home
    • Penafian
    • Dasar Privasi
  • Semasa
  • Pengetahuan
  • Kesihatan
  • Ibadah
  • Doa
  • Tazkirah
Menu

20 Tahun Solat Berjemaah Di Masjid “Allah Lebih Sayangkan Beliau,Hingga Dijemput Ketika Membaca Al-Quran”

Posted on February 20, 2022 by admin

20 tahun solat berjemaah di masjid,bila allah kasih pada hambanya

Seorang tukang kebun yang meninggal dunia selepas membaca al-Quran di ruang solat Masjid Nurul Hasa­nah di Bukit Kecil Simpor, Tikam Batu di sini kelmarin merupakan jemaah tetap masjid itu sejak le­bih 20 tahun lalu.

Kematian Allahyarham Abdul Wahab Mat Noh, 54, disahkan pasukan perubatan selepas lelaki itu ditemui berbaring dan tidak sedarkan diri oleh petugas masjid pada pukul 7 pagi.

Isteri arwah, Noorhayati Mat Saad, 49, berkata, sepanjang perkahwinan, suaminya tidak pernah meninggalkan solat berjemaah di masjid tersebut yang terletak kira-kira 1.5 kilo­meter dari rumah mereka kecuali arwah demam atau menghadiri kuliah agama di luar daerah.

Katanya, setiap kali selepas selesai solat berjemaah, bapa kepada tiga anak itu akan membaca al-Quran di masjid berkenaan.

“Arwah menunaikan solat lima waktu di masjid dan itulah rutin hariannya selama ini.

“Sekiranya berada di rumah, suami saya menunaikan solat sunat duha atau tahajud, selain membaca al-Quran atau menonton ceramah agama di televi­syen atau media sosial,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kampung Bukit Kecil Simpor di sini semalam.

Noorhayati memberitahu, arwah suaminya tidak mempunyai hobi seperti orang lain, sebaliknya suka menziarahi kena­lan jika mengetahui mereka sakit.

Tambahnya, arwah suaminya yang merupakan tukang kebun Sekolah Kebangsaan Darulaman itu sanggup berulang-alik ke Pondok Tuan Guru Haji Salleh Musa di Sik dekat sini pada setiap Jumaat untuk mengikuti kuliah dan kelas agama di sana.

“Arwah merupakan seorang suami yang baik dan kerap berpesan supaya jangan meninggalkan solat, selalu membaca al-Quran dan mendalami ajaran agama selagi masih hidup.

“Sememangnya kami sekeluarga terasa kehilangan seorang pembimbing. Dia bukan sahaja suami yang baik, malah ayah yang bertanggungjawab kepada tiga anak kami,” kata suri rumah itu.

Pasangan tersebut mempu­nyai dua anak lelaki berusia 18 dan 20 tahun serta anak perempuan berusia 14 tahun.

Jenazah Abdul Wahab dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim di sini untuk dibedah siasat dan bedah siasat mendapati, kematian lelaki itu akibat saluran pernafasannya tersekat.

Arwah dikebumikan di Ta­nah Perkuburan Islam Kampung Bukit Kecil di sini selepas solat Isyak malam kelmarin.

Sumber Dan Rujukan

My Team Work

Share this:

Related posts:

  • (Video) Khabar Duka “Bapa Sharifah Zarina Meninggal Dunia,Rebah Ketika Sedang Menunaikan Solat” Al-Fatihah

  • Pilu,Dua Beradik Maut Dilanggar Lori ”Dua Itu Sahajalah Anak Saya”

  • Pemergian Yang Dicemburui “Rebah Pada Rakaat Ke-20, Lelaki Dilapor Meninggal Dunia Ketika Solat Tarawih”

  • (Video) Ibu Achey Meninggal Dunia “Sebak Dengar Berita ‘Pemergian’ Masa Pulang Dari Tempat Kerja”

  • Pilu, Jasamu Tetap Dikenang “Bekas KSN Tan Sri Dr Ali Hamsa Meninggal Dunia”

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terbaru

  • “Leher Terpaksa Dite’buk” Al…
    May 25, 2022
  • Anak-anak sampai tegur agar naikkan 10 s…
    May 25, 2022
  • Petua Rimbunkan Pokok Kari Yang Tanam Da…
    May 24, 2022
  • Teknik Petani Thailand Tanam Ubi kayu Ag…
    May 24, 2022
  • Lepas Ni Jangan Buang Dulu Kulit Bawang …
    May 24, 2022
  • Tak Habis-habis Nak Petik, Ini Tips Nak …
    May 24, 2022
  • Mudah Sangat Tanam Kobis Dipasu Bunga, L…
    May 24, 2022

Kategori

  • Akhir Zaman
  • Al-Ftihaha
  • Artis
  • Artis Malaysia
  • Bantuan
  • Bola Sepak
  • Brain Wash
  • Doa
  • DUNIA
  • Ebit Lew
  • history
  • Ibadah
  • Ilmu
  • Indonesia
  • Isu Keluarga
  • Kalimah Allah SWT.
  • Keajaiban
  • keluarga
  • kemanusiaan
  • Kesihatan
  • Kisah Mualaf
  • malaysia
  • MKN
  • Pengajaran
  • Pengetahuan
  • Pesanan
  • Petua
  • Politik
  • resepi
  • Semasa
  • seram
  • Soalan
  • Story
  • Sunnah
  • Tauladan
  • Tazkirah
  • Tips
  • ustaz
  • Ustaz Abdul Somad
  • Ustaz Azhar Idrus
  • Ustazah
  • viral
  • zakir naik

ARKIB

  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • September 2019
  • June 2019
  • March 2019

ads

© 2022 My Media Maya | Powered by Superbs Personal Blog theme