Lima individu yang dipercayai berparti dalam bilik kakitangan berkenaan adalah seorang sarjan, anggota polis lain dan tiga wanita.
Baru-baru ini, satu pelanggaran protokol yang mengejutkan telah berlaku melibatkan seorang anggota polis berpangkat Sarjan di Shah Alam, selepas dia didakwa telah menganjurkan parti persendirian di bilik kakitangan Bahagian Pencegah Maksiat, Anti-Perjudian dan Rahsia (D7) di ibu pejabat polis daerah.
Insiden dilaporkan berlaku pada 28 September lalu sewaktu pegawai dari Jabatan Integriti Shah Alam melakukan pemeriksaan mengejut pada jam 1:30 pagi.
Pemeriksaan mendapati terdapat lima individu termasuk dua lelaki dan tiga wanita sedang berkumpul yang kelihatan seperti satu ‘majlis sosial’, lapor China Press.
Lima individu terlibat adalah sarjan berkenaan, seorang lagi anggota D7, seorang wanita tempatan, dan dua wanita Indonesia.

(Kredit gambar: China Press)
Kantoi Sebab Bunyi Muzik
Apabila pegawai pencegah rasuah tiba untuk melakukan serbuan, mereka menemui pintu luar yang terkunci. Meskipun begitu, kedengaran muzik yang dari dalam premis.
Sebaik berjaya membuka pintu pertama, pegawai mendapati pintu di bahagian dalam dibiarkan tidak berkunci. Mereka kemudiannya memasuki ruang gelap dengan cahaya samar, diikuti dengan muzik yang kuat pada ketika itu.
Makanan Ringan Turut Disediakan Dalam Parti Di Balai Polis Berkenaan
Mengulas lanjut, penyiasat melaporkan pihak mereka turut menemui pelbagai jenis makanan ringan, kek dan minuman (soft drink), tetapi tiada alkohol atau bahan terlarang ditemui di premis itu.
Kelima-lima individu itu kini ditahan dan dibawa ke Unit Pencegahan Rasuah untuk siasatan lanjut.
Insiden tersebut dilaporkan oleh China Press dan telah mendorong siasatan dalaman terhadap langkah keselamatan dan kelakuan dalam pasukan polis.

Kandungan
Toggle