Bacaan Ayat Kursi Rumi Serta Maksudnya

Bacaan Ayat Kursi Rumi – Ayatul Kursi (آية الكرسي) juga dikenali sebagai ayat kursi, merupakan ayat yang ke-255 dalam Surah Al-Baqarah.

Ayat ini juga digelar ‘Penghulu Segala Ayat Al-Quran’.

Ayat Kursi sangat istimewa kerana ia mengisahkan keagungan Allah SWT serta kekuasaanNya yang tidak terbatas.

Bacaan Ayat Kursi Rumi Dan Maksud Dari Ayat Kursi Rumi

Ayat kursi arab rumi dan terjemahan

allāhu lā ilāha illā huw, al-ḥayyul-qayyūm, lā ta’khużuhū sinatuw wa lā naum, lahū mā fis-samāwāti wa mā fil-arḍ, man żallażī yasyfa‘u ‘indahū illā bi’iżnih, ya‘lamu mā baina aidīhim wa mā khalfahum, wa lā yuḥīṭūna bisyai’im min ‘ilmihī illā bimā syā’, wasi‘a kursiyyuhus-samāwāti wal-arḍ, wa lā ya’ūduhū ḥifẓuhumā, wa huwal-‘aliyyul-‘aẓīm

Maksud Ayat Kursi Rumi Diatas:

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya).

Yang tidak mengantuk usahkan tidur.

Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi.

Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya.

Yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya).

Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya.

Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)

Kelebihan bagi sesiapa yang membaca ayat kursi ialah:

  • Sebagai perisai dari gangguan makhluk halus sebelum tidur
  • Terselamat dari terkena sihir, santau, ubat pengasih, penipuan, dan sebagainya
  • Menunjukkan keagungan Allah SWT dengan nama-namanya yang indah
  • Merupakan ayat yang paling agung dalam Al-Quran
  • Mendapat syafaat Al-Quran
  • Mendekatkan diri dengan rahmat Allah SWT
  • Allah SWT akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya.
  • Gigeruni oleh syaitan khususnya rumah yang penghuninya mengamalkan ayat ini.

Semoga perkongsian ayat kursi rumi ini dapat mempermudahkan kita untuk mengamalkan dan menghafal ayat kursi.

Baca Juga:

Sumber Dan Rujukan