Bacaan Sujud Sukur Rumi Dan 4 Syarat Sah Sujud Sukur

Sujud sukur merupakan satu tindakan sujud yang dilakukan oleh seseorang sebagai tanda penghargaan dan kesukuran kepada Allah S.W.T. atas nikmat atau berita gembira yang diterimanya. Ia bukan sebahagian dari solat fardhu atau sunat yang biasa, tetapi merupakan sujud khas yang dilakukan di luar waktu solat semata-mata untuk menzahirkan rasa sukur.

Apabila seseorang itu menerima berita yang menggembirakan atau apabila berlaku sesuatu yang memberikan kegembiraan kepadanya, dia boleh melakukan sujud sukur sebagai tanda pengharganya kepada nikmat yang diterima daripada Allah. Cara untuk melakukannya hampir sama dengan sujud dalam solat, di mana individu tersebut akan merapatkan tujuh anggota badannya ke atas tanah iaitu dahi, kedua tangan, kedua lutut, dan kedua jari kaki.

Untuk melaksanakan sujud sukur, seseorang itu tidak semestinya perlu dalam keadaan berwudhu, walaupun lebih baik jika berwudhu. Sujud sukur juga boleh dilakukan pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat asalkan tempat tersebut bersih dan suci.

Syarat Sah Sujud Sukur

Menurut mazhab Syafi’e dan Hanbali, syarat melakukan sujud sukur ini ialah:

  1. Suci daripada hadas besar dan kecil
  2. Suci daripada najis sama ada di badan, pakaian atau di tempat anda melaksanakan sujud tersebut.
  3. Mengadap arah kiblat
  4. Menutup aurat

Panduan Pelaksanaan

  1. Niat
  2. Takbiratul Ihram.
  3. Sujud (sekali sahaja) dan baca bacaan di bawah
  4. Duduk seperti tahiyat akhir tanpa membaca tasyahud.
  5. Memberi salam.

Niat & Bacaan Dalam Sujud

Bagi anda yang ingin menjalankan ibadah ini, berikut adalah lafaz niat dan bacaan dalam sujud yang perlu anda baca ketika melakukan ibadah sunat tersebut:

1. Niat

نَوَيْتُ سُجُوْدَ الشُّكْرِ سُنَّةَ لِلّٰهِ تَعَالَى

Rumi: Nawaitu sujudassyukri sunnata lillahi ta’ala

Maksudnya: “Sahaja aku melakukan sujud sukur sunat kerana Allah Taala”.

2. Bacaan dalam sujud

sujud-syukur
Bacaan Sujud Sukur Rumi Dan 4 Syarat Sah Sujud Sukur 3

Waktu Pelaksanaan Sujud Sukur

Ibadah ini digalakkan untuk dilakukan oleh umat Islam ketika adanya nikmat, rezeki, kebahagiaan atau mendapat hidayah dalam keadaan tak disangka-sangka, seperti yang dilakukan Rasulullah S.A.W, dalam dalil berikut:

Adalah Nabi SAW ketika telah datang sesuatu perkara yang menggembirakan ataupun diceritakan sesuatu yang gembira dengannya akan turun sujud, bersukur terhadap Allah SWT.

Riwayat Abu Daud (2774). Disahihkan oleh Al-Albaani.

Manakala, jika nikmat itu berterusan atau berkekalan, sebagai contoh sudah ada kereta, rumah atau pekerjaan, maka itu tidak termasuk dalam perkara yang dibolehkan melakukan ibadah ini.

Ibadah sunat ini juga digalakkan dilakukan ketika terhindar daripada musibah seperti selamat daripada bahaya atau bahkan terselamat daripada melakukan kemungkaran.

Baca Juga: Cara Bacaan Sujud Sajadah Rumi Serta Dalil Dari Al Quran Dan Hadist

Sumber dan rujukan: