Apakah Itu Tasbih Kafarah?
Tasbih Kafarah ialah doa penutup bagi sesuatu majlis dan setiap kali selesai majlis ilmu kita diperingatkan untuk sama-sama membaca Tasbih serta Surah al-Asr.
Bacaan Tasbih Kafarah (pembersih) majlis –
سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ، أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلهَ إِلَاَّ أَنْتَ أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوبُ إِلَيْكَ
Tasbih Kafarah Rumi:
Subhaanaka Allaahumma wa bihamdika, ‘ash-hadu ‘an laa ‘ilaaha ‘illaa ‘Anta, ‘astaghfiruka wa ‘atoobu ‘ilayka.
Maksudnya:
Maha suci Engkau Ya Allah, dengan memujiMu, aku mengaku bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau. Aku memohon keampunan dan aku bertaubat kepadaMu.
Dalil Mengamalkannya
Daripada Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: “Sesiapa yang duduk dalam satu majlis, dan melakukan banyak salah dan silap, maka sebelum dia meninggalkan majlis itu dia menyebut:
سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ، أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلهَ إِلَاَّ أَنْتَ أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوبُ إِلَيْكَ
Subhaanaka Allaahumma wa bihamdika, ‘ash-hadu ‘an laa ‘ilaaha ‘illaa ‘Anta, ‘astaghfiruka wa ‘atoobu ‘ilayka.
melainkan diampunkan segala dosa yang telah dilakukan sepanjang dia berada dalam majlis itu”.
Wallahualam, Semoga perkongsian ini tasbih dan bacaan rumi ini dapat membantu kita untuk menghafal dan mengamalkannya.
Baca Juga:
Sumber Dan Rujukan