Bala tak sudah, Amerika Syarikat dis3rang dalam diam? 

Bala tak sudah, Amerika Syarikat dis3rang dalam diam?

PM170622

ERA baharu di Amerika Syarikat apabila negara Uncle Sam itu sekali lagi diperintah oleh Donald Trump sebagai presiden menggantikan Joe Biden.

Terkenal dengan slogan Make America Great Again, tempoh pemerintahan kedua Trump di Rumah Putih (White House) bagaimanapun bermula sukar apabila pelbagai kejadian buruk berlaku.

Bermula dengan kebakaran hutan besar-besaran di Hollywood, kini berlaku beberapa insiden termasuk tragedi kapal terbang terhempas di negara tersebut.

Dalam tempoh masa seminggu, berlaku tiga insiden kapal terbang terhempas di Amerika Syarikat dengan ada di antaranya melibatkan pesawat ketenteraan negara itu.

Kejadian pertama berlaku pada Selasa dengan menyaksikan sebuah pesawat tentera terhempas di sebuah kawasan. Namun begitu, kejadian yang berlaku pada Khamis lebih besar implikasinya kepada negara kuasa besar itu.

Hal ini kerana, kejadian pada Khamis menyaksikan pesawat komersial American Airlines bertembung dengan helikopter tentera ketika hendak mendarat di Lapangan Terbang Nasional Ronald Reagan Washington di Washington, DC.

Setakat ini, seramai 60 penumpang dan empat anak kapal disahkan terkorban dalam kejadian tersebut.

Pada Jumaat, satu lagi kejadian kapal terbang terhempas berlaku di Philadelphia apabila sebuah pesawat perubatan terhempas lalu jatuh mengenai beberapa bangunan.

Pesawat yang membawa pesakit warga Mexico itu hilang kawalan semasa memulakan penerbangan dan kemudiannya terhempas hingga meragut tujuh nyawa dan 19 lagi cedera.

Satu lagi insiden kebakaran turut berlaku apabila sebuah kilang penapisan di Martinez, California terbakar dan mencederakan enam pekerja.

Ia berpunca daripada kebocoran yang kemudiannya mencetuskan api besar dan kemudiannya asap hitam menyelubungi kilang tersebut.

Pelbagai kejadian buruk menimpa Amerika Syarikat itu menimbulkan persoalan, adakah sebenarnya negara itu diserang dalam diam?

Sejak menjadi presiden, Trump secara terbuka melaksanakan dasar anti-imigran terutamanya kumpulan pendatang dari Mexico.

Antaranya, Trump meletakkan lebih ramai pasukan keselamatan di sempadan kedua-dua negara dekat Texas selain menaikkan tarif kepada barangan import dari Kanada, Mexico dan China.

Trump mengenakan 25 peratus duti kepada barangan Kanada dan Mexico manakala 10 peratus bagi hasil import China. Tindakan tersebut merupakan sebahagian daripada pendekatan Trump dalam menghadapi perang perdagangan dengan kuasa ekonomi lain terutamanya China. — Agensi

Sumber – Majoriti

Lepas Tekan Tutup, Jika web berubah jangan tekan "x" kat paling atas. tapi "tekan kembali" je kat screen bawah phone sampai masuk ke artikel semula
sambung baca tanpa ganguan...