Bapa Dedah Sesuatu Yg Tak Disangka!! Rupa Nya Arwah Adib Seolah Sudah Tahu Petanda Ajal Nya

Bapa Dedah Sesuatu Yg Tak Disangka!! Rupa Nya Arwah Adib Seolah Sudah Tahu Petanda Ajal Nya

PM16618

SUNGAI BULOH – Allahyarham Ku Adib Aizab Ku Azmi, 20, yang maut dalam kemalangan di Kampung Sura Hujung, Dungun, Terengganu seolah-olah tahu petanda ajalnya apabila menyatakan tidak mahu menghadiri majlis konvokesyen selepas menamatkan pengajian peringkat ijazah sarjana muda.

Bapanya, Ku Azmi Saad, 47, berkata, perkara itu dimaklumkan Allahyarham anak sulung daripada empat beradik itu semasa dalam perjalanan menghantarnya pulang ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun, Terengganu pada Jumaat lalu.

PM16619

“Allahyarham (Ku Adib) beritahu dia tidak mahu mengambil ijazah di pentas (konvokesyen) kerana malu sebab ramai orang yang datang tengok.

“Saya tidak sangka perbualan bersama isteri serta seorang lagi anak di dalam kereta waktu itu menjadi kenyataan apabila dia pergi buat selamanya,” katanya ketika ditemui selepas pengebumian Allahyarham Ku Adib di Tanah Perkuburan Islam Rauthatul ‘Aliyah, Saujana Utama pada Khamis.

Menurut Ku Azmi, berita pemergian Allahyarham Ku Adib diterimanya menerusi aplikasi WhatsApp, kira-kira jam 9.30 malam semasa berada di Jeddah.

“Saya dan isteri kemudiannya mencari agensi pelancongan yang menguruskan umrah kami untuk mendapatkan tiket pulang ke Malaysia semula.

“Semalam di sana (Jeddah) pada jam 1.55 pagi saya berlepas dan tiba di sini KLIA pada jam 3.30 petang dan kemudian terus pulang ke rumah kami di Seri Pristana,” ujarnya.

Katanya, kali terakhir dia bertemu Allahyarham semasa menghantar anak lelakinya itu ke universiti, pada Jumaat lalu.

Jelasnya, Allahyarham Ku Adib pada mulanya duduk luar kampus, bagaimanapun pada saat akhir diterima masuk ke kolej kediaman.

“Arwah sempat membayar deposit RM200 hasil kerja sambilannya semasa cuti semester lalu sebagai penghantar makanan di sebuah syarikat e-hailing.

“Arwah disifatkan anak yang baik, suka tolong menolong dan bertanggungjawab. Saya rasai kehilangannya, namun tetap reda dengan ketentuan-Nya,” ujarnya.

Ditanya adakah keluarga bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap kes kemalangan itu, Ku Azmi memaklumkan dia tidak mengetahui lanjut mengenai kejadian terbabit.

“Saya tiada apa-apa maklumat lagi kerana saya hanya dapat surat pengebumian dan hendak uruskan arwah segera,” kata beliau.

Sumber: kosmo

Kandungan

Jika web berubah jangan tekan "x" kat paling atas. tapi "tekan kembali" je kat screen bawah phone sampai masuk ke artikel semula
sambung baca tanpa ganguan...