Rumah banglo milik pengasas Sendayu Tinggi, Rozita Ibrahim yang baru dibina di Batang Kali, Hulu Selangor terus menjadi tumpuan pengguna media sosial.
Rumah mewah dengan kabus tebal pada waktu petang di sekitar kediaman bonda Rozita membuatkan ramai kagum.
Bukan itu sahaja, beberapa perkongsian video suasana di dalam rumah yang dimuat naik pegawai peribadi bonda Rozita, menarik perhatian Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Dalam satu video, Tunku Azizah meninggalkan komen, memuji singgahsana bonda Rozita yang dianggap baginda sebagai cantik dan tenang.
“Sungguh cantik rumahnya. Tenang rasanya. Alhamdulillah rezeki dari Allah SWT,” kata baginda.
Dari beberapa video ditunjuk, bonda Rozita difahamkan membina rumah di kawasan tinggi yang sekali imbas seperti di tanah tinggi Cameron Highlands.
Sementara itu meninjau ke ruangan komen, ramai yang kagum dengan kesenian rumah mewah milik bonda Rozita
Menurut pegawai peribadinya, Genting Highland juga boleh dilihat dari puncak kediaman tersebut.