‘Bila dah bekerja, ada duit banyak, dia berlagak’ – Datuk Rosyam Nor kata perempuan

‘Bila dah bekerja, ada duit banyak, dia berlagak’ – Datuk Rosyam Nor kata perempuan tak boleh kerja sebab akan jadi ego, rendahkan suami bila berduit –

Rosham Nor da Pesan Awal2 pada 12 September 2023
Bila dah bekerja ada duit banyak dia berlagak Datuk Rosyam Nor kata perempuan tak boleh kerja sebab akan jadi ego rendahkan suami bila berduit

Peredaran zaman dan juga situasi kehidupan sekarang menuntut kos hidup yang tinggi. Menyebabkan bukan suami sahaja yang perlu membanting tulang mencari rezeki, malah si isteri juga sama-sama membantu mengurangkan bebanan suami.

Namun begitu, satu wawancara bersama pelakon terkenal, Datuk Mohamed Noor Shamsuddin atau Rosyam Nor, melalui podcast Hitam Putih, beliau tidak bersetuju jika seorang perempuan atau isteri bekerja.

Dalam wawancara tersebut, beliau disoal mengapa seorang perempuan tidak boleh bekerja.

Bagi Rosyam, jika seorang perempuan sudah selesa dengan kerjayanya dan mempunyai wang, perempuan dilihat bersifat berlagak dan meninggikan suara.

Advertisement

“Bila orang perempuan ini dah kerja, dia akan berlagak walaupun dia isteri, dia cakap dah tinggi. Kebanyakan macam tu, orang perempuan bila dah ada duit, dia ego,” katanya.

Tambahnya lagi, si isteri mula akan mengadu penat dan mengeluh dengan tugasan rumah dan meminta suami membuat tugasan rumah.

Advertisement

Namun, kenyataan itu ditepis oleh Datin Seri Adzliana yang menyatakan perlu ada sikap saling membantu (give and take) dalam menguruskan soal rumah tangga. Tetapi dia mengakui kenyataan Rosyam Nor yang menyatakan kebanyakan perempuan apabila mempunyai wang, mereka akan bersifat ego.

Jelas Rosyam Nor lagi, wanita apabila sudah berpakaian cantik, akan mula merendahkan maruah suami dan akan memuji tarikan lelaki di luar sana.

Advertisement

“Bila dia tengok jantan kat luar tu lebih menarik dan orang kat luar tu lebih appreciate dia seterusnya akan berlakulah pergolakan rumah tangga.

“Pergolakan rumah tangga ni sebab dari si isteri bila dah ada duit, dia keluar,” katanya.

Advertisement

Sumber: suhanmovie

Lepas Tekan Tutup, Jika web berubah jangan tekan "x" kat paling atas. tapi "tekan kembali" je kat screen bawah phone sampai masuk ke artikel semula
sambung baca tanpa ganguan...