Boleh Cuba 5 Cara Mudah Tanam Ulam Selom Subur Merimbun Di Rumah

Boleh Cuba 5 Cara Mudah Tanam Ulam Selom Subur Merimbun Di Rumah

Daun Selom memang sedap dan banyak khasiat. Macam-macam menu boleh dihasilkan menggunaan ulam ini baik dijadikan kerabu, dicampur dalam masakan seperti masak lemak cili api malah enak dimakan mentah sebagai ulam.

Ulam ini biasanya dibeli kerana harganya juga tidak terlalu mahal. Namun jika mudah untuk ditanam, apa salahnya anda mencuba.

Pokok Selom mudah tumbuh dan cepat boleh dituai. Semakin dipotong, semakin elok subur tumbuhnya. Bolehlah dipetik segar setiap hari dan jika ada rezeki yang lebih, boleh dijadikan perniagaan juga. Menarik kan?

2247Nak tahu cara mudah untuk menanam ulam Selom ini? Saudari Nur Aida Md Zainuddin ada kongsikan cara-caranya. Selamat mencuba.

1. Batang Selom dipotong ikut ruas selom. Ruas tu nanti akan keluar akar. Rendam dalam air.

22462. Lebih kurang 5-7 hari direndam dalam air, akar akan keluar melalui batang selom. Pastikan air rendaman ditukar selalu.

22453. Tanam batang yang berakar ini secara melintang.

22444. Tutup dengan tanah dan siram. Pastikan tanah sentiasa lembap.

22435. Bila daun selom sudah merimbun, bolehlah dituai dan dinikmati hasilnya.

2242Selamat Mencuba

Sumber: Nur Aida Md Zainuddin

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

2249

Lepas Tekan Tutup, Jika web berubah jangan tekan "x" kat paling atas. tapi "tekan kembali" je kat screen bawah phone sampai masuk ke artikel semula
sambung baca tanpa ganguan...