Cara Ajar Anak Cepat Menulis Cukup Ikut Cara Ni ‘Bukan Bagi Pensel Dan Kertas’

Nak anak cepat menulis? maka kita memang kena bantu anak. Selalunya kita akan beri anak pensel dan kertas pada mereka untuk dibiasakan.

Mak dan ayah mana yang tak mahu anak cepat menulis. Jadi satu kebanggaan bila jika anak pada usia seawal tiga atau empat tahun sudah mampu melakukannya.

Sebaliknya menggunakan kaedah latihan yang langsung tak kita jangka kesannya. Gumpal kertas, guna gunting, mengecop dan sebagainya.

Pada pemikiran kita ibu bapa inilah asasnya, walhal hakikat sebenar untuk melatih anak cepat menulis bukanlah dengan cara ini.

Inilah yang dikongsi oleh seorang guru pendidkan awal kanak-kanak Puan Ashikin Hashim

Cara Ajar Anak Cepat Menulis

Aktiviti ini bantu skill menulis anak

Nak ajar anak pandai menulis? Bukan dengan bagi kertas & pensel ya mak ayah. Bukan bagi worksheet banyak-banyak.

Habis tu???? Nak buat macam mana ya?

Siapa nak tahu, sila angkat tangan.

Gambar-gambar di bawah adalah aktiviti untuk menguatkan tangan dan bahu anak-anak.

Masa anak baby dulu, ada skipped merangkak tak? Mungkin sesetengah anak tiada masalah bila skip merangkak but some do have problems. Seperti tidak mempunyai otot tangan dan bahu yang kuat. Jadi anak tak nak menulis, penat menulis.

Ini hanya sebahagian aktiviti. Banyak lagi aktiviti kuatkan tangan dan bahu yang boleh meningkatkan skil menulis agar anak cepat menulis. Google banyak lagi aktiviti lain.

Lepas tu rajin-rajin bagi anak berlari, melompat, memanjat, main bola – supaya otot-ototnya semua bekerja. Hadkan penggunaan gajet :

Ashikin Hashim 🙂

Early Childhood Practitioner

 

2 6.jpg
Menggumpal kertas,Menekan,Menggunting
  • Menggumpal kertas
  • Menekan
  • Menggunting

3 2.jpg

  • Bermain bongkah & tali
  • Permainan manipulatif
  • Bermain Lego

4 2.jpg

Merangkak dan melukis menggunakan jari

Senang saja kan. Tak sangka aktiviti biasa tapi sebenarnya inilah yang bantu anak cepat menulis. Harap ibu bapa dapat aplikasikan cara paling mudah ini pada anak-anak.

5 adas

Selamat mencuba dan semoga bermanfaat !!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Baca Juga:Walau Hanya Ada Sebelah Mata “Ibu 7 Anak Berjaya Genggam PhD Setelah 6 Tahun Menuntu Ilmu”

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Sumber: Ashikin Hashim / Vanilla Kismis Via My Info Kerja

Leave a Comment