Cara Bacaan Sujud Sajadah Rumi Serta Dalil Dari Al Quran Dan Hadist

Bacaan Sujud Sajadah Rumi – Sujud sajadah ialah sujud yang dilakukan apabila seseorang itu membaca dan mendengar ayat-ayat sajadah dalam al-Quran.

Ayat-ayat tersebut ialah:

  1. Surah Al-A’raaf (7), ayat 206
  2. Surah Ar-Ra’d (13), ayat 15
  3. Surah An-Nahl (16), ayat 50
  4. Surah Al-Isra’ (17), ayat 109
  5. Surah Maryam (19), ayat 58
  6. Surah Al-Hajj (22), ayat 18
  7. Surah Al-Hajj (22), ayat 77
  8. Surah Al-Furqan (25), ayat 60
  9. Surah An-Naml (27), ayat 26
  10. Surah As-Sajdah (32), ayat 15
  11. Surah Saad (38), ayat 24
  12. Surah Fussilat (41), ayat 38
  13. Surah An-Najm (53), ayat 62
  14. Surah Al-Insyiqaq (84), ayat 21
  15. Surah Al-‘Alaq (96), ayat 19

Nama lain bagi Sujud sajdah adalah sujud tilawah.

Ibadah ini dianjurkan oleh syarak bagi mereka yang membaca atau mendengar ayat-ayat sajadah.

Terdapat beberapa dalil daripada al-Quran dan hadis sebagai rujukan dalam hal tersebut. Antaranya:

Firman Allah SWT:

قُلْ آمِنُوا بِهِ أَوْ لَا تُؤْمِنُوا ۚ إِنَّ الَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ مِن قَبْلِهِ إِذَا يُتْلَىٰ عَلَيْهِمْ يَخِرُّونَ لِلْأَذْقَانِ سُجَّدًا

Maksudnya:Katakanlah (wahai Muhammad kepada orang-orang yang ingkar itu): “Sama ada kamu beriman kepada Al-Quran atau kamu tiada beriman, (tidaklah menjadi hal); kerana sesungguhnya orang-orang yang diberi ilmu sebelum itu apabila dibacakan Al-Quran kepada mereka, mereka segera tunduk sujud (dalam keadaan hiba dan khusyuk). (Surah al-Israa’, ayat 107)

Diriwayatkan dalam sebuah hadis daripada Abdullah Bin Umar r.a. bahawa beliau berkata:

كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى الله عَلَيهِ وَ سَلَّمَ يَقْرَأ عَلَيْنَا السُورَةَ فِيهَا السَجْدَةُ فَيَسْجُدَ وَ نَسْجُد

Maksudnya: “Pada satu ketika, Rasulullah SAW membacakan kepada kami satu surah yang mempunyai ayat Sajdah, maka Baginda SAW pun sujud lalu kami pun ikut sujud juga.” (Fath al-Bari Syarh Sahih al-Bukhari, 2:556)

Di dalam hadis yang lain, diriwayatkan daripada Zaid Ibn Thabit r.a., bahawa beliau berkata:

قَرَأْتُ عَلَى النَبِيّ وَ النَجْم فَلَم يَسْجُد فِيهَا. وَ فِي رِوَايَةٍ : فَلَمْ يَسْجُدْ منَّا أَحَدٌ

Maksudnya: “Aku (Zaid Ibn Thabit RA) membacakan kepada Rasulullah SAW Surah al-Najm (yang mempunyai ayat sajdah di dalamnya), dan Baginda SAW tidak sujud padanya. Dalam riwayat yang lain pula: Maka kami pun ikut tidak sujud juga.” (Fath al-Bari Syarh Sahih al-Bukhari, 2:554)

Cara Bacaan sujud sajadah rumi

Bacaan sujud sajadah Rumi adalah seperti berikut:

Bacaan Sujud Sajadah Rumi

Bacaan sujud sajadah rumi:

“Sajada wajhiya lillazi khalaqahu washawwarahu washaqqa sam’ahu wabasharahu bihawlihi waquwwatihi fatabaarakallahu ahsanul khaliqin”

Maksud Dari Bacaan Sujud Sajadah Rumi:

“Wajahku sujud kepada Tuhan yang menciptakannya dan membentuk rupanya serta mengurniakan pendengaran dan penglihatannya, Maha Suci Allah sebaik-baik Pencipta”

Semoga panduan ini dapat memberikan pencerahan buat kita semua.

Baca Juga

Sumber Dan Rujukan

 

Lepas Tekan Tutup, Jika web berubah jangan tekan "x" kat paling atas. tapi "tekan kembali" je kat screen bawah phone sampai masuk ke artikel semula
sambung baca tanpa ganguan...