Cara Buat Telur Masin Paling Senang, Guna 3 Bahan Je, Rasanya Tak Terlalu Masin Dan Lebih Bersih

Cara Buat Telur Masin Paling Senang, Guna 3 Bahan Je, Rasanya Tak Terlalu Masin Dan Lebih Bersih

Selain telur mata, telur rebus dan telur dadar, antara jenis telur yang selalu menjadi ‘peneman’ hidangan lauk kampung dan nasi kandar adalah telur masin. Mungkin ramai dalam kalangan kita yang menggemari telur masin khususnya telur merahnya kerana mempunyai rasa lebih unik dan enak.

Telur masin ini sebenarnya mudah sahaja untuk dibuat secara homemade, yang penting anda kena tahu teknik supaya kejadiannya elok!

Dalam perkongsian kali ni, terjumpa resepi dan tip macam mana nak buat telur masin yang cantik je kejadiannya. Bahagian tengah oren cantik sangat. Nak makan pun sayang! Resepi yang dikongsikan oleh facebook Cik Puan Raja Amanina ni macam best je kita nak praktiskan. Mula-mula beli dulu telur itik di pasar atau kalau ada yang bela pun boleh.

3836Resepi yang saya kongsikan ni, kuantiti dia banyak dalam 50 biji. Jadi ianya sesuai untuk yang ada banyak telur itik. Nak buat jualan atau nak berikan kepada jiran atau saudara mara pun boleh.

BAHAN-BAHAN

3835CARA MEMBUAT:

1. Masak air, garam dan daun pandan hingga betul-betul mendidih dan sejukkan (pastikan betul-betul sejuk iya).

38372. Masukkan telur itik ke dalam bekas dan tuangkan air garam yang dimasak.

3. Tutup kemas-kemas dan jeruk lebih kurang 2 minggu (14-15hari).

4. Setelah 2 minggu boleh try rebus dulu..

– Kalau belum cukup masin boleh tambah 3, 4 hari lagi.

5. Kalau dah cukup masin boleh toskan air garam. SIAP!

3838P/s: Mak-mak bolehlah cuba buat sendiri telur masin ini sendiri di rumah. Lebih jimat, puas hati dan tak perlu ragu-ragu dah dengan kebersihan telur.

Selamat mencuba!

 

Lepas Tekan Tutup, Jika web berubah jangan tekan "x" kat paling atas. tapi "tekan kembali" je kat screen bawah phone sampai masuk ke artikel semula
sambung baca tanpa ganguan...