Cara Cuci Cermin Sampai Berkilat Hanya Dengan Lemon Dan Baking Soda

Cuci Cermin Sampai Berkilat – Cermin Kembali Bersih Berkilat Hanya Dengan Lemon Dan Baking Soda

Apabila usia kereta sudah mencapai umur tertentu, bukan sahaja cat akan mula pudar malah cermil lampu kereta juga tidak terkecuali.

Lampu kereta terutamanya pada bahagian hadapan akan nampak kedam. Selain akan buatkan kereta kelihatan lusuh, ia juga akan menyebabkan cahaya lampu semakin malap.

Memang boleh dikilatkan kembali di car wash, bengkel atau pusat aksesori kereta tetapi kadangkala budget pulak tak mencukupi.

Haa, apa kata kita DIY sendiri di rumah.

Ada banyak cara yang dikongsikan di sosial media termasuklah penggunaan kertas pasir dan produk-produk khas. Tapi, ada satu cara yang lebih mudah dan kosnya juga lebih rendah yang dikongsikan oleh seorang pengguna Tik Tok iaitu Ridzuan Zubir.

Cara Cuci Cermin Sampai Berkilat

Dengan hanya menggunakan lemon dan baking soda, ternyata cermin lampu yang kedam boleh dikilatkan kembali.

Begini caranya :

Cara Cuci Cermin Sampai Berkilat Hanya Dengan Lemon Dan Baking Soda

1.Belah dua buah lemon

2. Kemudian taburkan serbuk baking soda pada permukaan lemon yang sudah dipotong.

3. Sental pada bahagian lampu sehingga lampu Nampak terang dan berkilat semula. Boleh tambah baking soda sehingga anda dapat hasil yang diingini.

cermin

Kemudian, siram dengan air. Hasilnya akan Nampak serta merta. Berkilat!

cermin 1

Untuk panduan lebih jelas, tonton video di sini.

Cara yang dikongsikan ini telah dicuba oleh ramai pengguna Tik Tok yang lain dan hasilnya memang sama, bersih berkilat!

Korang yang ada masalah sama bolehlah cuba macam cara ni. Jimat!

Selamat menyental!

Baca Juga: Pendapatan 2000rm seminggu lumayan jual raja kayu

Sumber : Ridzuan Zubir via mymediamaya

Leave a Comment