My Media Maya

Informasi Ilmia Harian Anda

Menu
  • Home
    • Penafian
    • Dasar Privasi
  • Semasa
  • Pengetahuan
  • Kesihatan
  • Ibadah
  • Doa
  • Tazkirah
Menu
Cara Mandi Wajib Yang Betul Sesuai Sunnah Rasulullah

Cara Mandi Wajib Yang Betul Sesuai Sunnah Rasulullah SAW

Posted on May 15, 2020May 15, 2020 by admin

Bismillah, Cara mandi wajib yang betul amat penting untuk kita ketahui kerana kaedah mandi wajib menetukan status sah atau tidak mandian kita.

Jika cara dan kaedah mandi wajib kita salah maka segala amal ibadah kita akan menjadi sia-sia kerana kita masih dalam keadaan berhadas besar

Cara Mandi Wajib Yang Betul Sesuai Sunnah Rasulullah

Cara Mandi Wajib Yang Betul

1. Membaca niat mandi wajib

niat mandi wajib tidak perlu kita lafaz, cukuplah dalam hati sahaja

Berikut adalah niat mandi wajib

Niat mandi wajib Arab
نَوَيْتُ الْغُسْلَ لِرَفْعِ الْحَدَثِ اْلاَكْبَرِ فَرْضًا ِللهِ تَعَالَى

Nawaitul ghusla liraf’il hadatsil akbari fardhan lillahi ta’ala

Maksud niat mandi wajib

Ertinya : “Aku ber niat mandi wajib untuk menghilangkan hadats besar fardhu kerana Allah Ta’ala “

2. Membaca “Bismillah”

3. Mencuci tangan sebanyak tiga kali

4. Mencuci kemaluan dengan tangan kiri

5. Membersihkan atau menyucikan tangan kiri dengan sabun

6. Berwuduk. Wuduk boleh dilakukan seperti wuduk biasa sepertimana biasa dilakukan sebelum melakukan solat. Ataupun boleh menangguhkan mencuci kaki selepas selesai mandi.

7. Membasuh kepala dengan mengusap rambut secara meratakan kepala lalu siram 3 kali dengan air. Ini berdasarkan hadith dari ‘Aisyah (R.A) dalam Sahih al-Bukhari yang maksudnya:

“Kemudian Baginda SAW memasukkan jari-jarinya ke dalam air, kemudian mengusap rambutnya, kemudian menyiram kepalanya 3 kali dengan kedua-dua tangannya”

Ketika menyiram kepala, hendaklah dimulai dengan bahagian kanan, kemudian bahagian kiri dan seterusnya bahagian tengah kepala. Ini berdasarkan hadith ‘Aisyah (R.A) yang maksudnya:

“Baginda menyiram kepalanya di bahagian kanan, seterusnya bahagian kiri”

Bagi wanita yang mandi untuk haid atau mandi junub, perlu melepaskan ikatan rambut tersebut. Ini pula berdasarkan hadith ‘Aisyah (R.A) di dalam Sahih al-Bukhari di mana beliau kedatangan haid ketika menunaikan haji. Lalu Baginda Rasulullah SAW berkata sedemikian:

“Tinggalkanlah umrahmu, lepaskanlah ikatan rambutmu (ketika mandi) dan sisirlah rambutmu”

8. Memulakan dengan bahagian kanan tubuh.

Dari ‘Aisyah (R.A): “Sesungguhnya Rasulullah SAW suka mendahulukan bahagian kanan pada semua urusannya, ketika memakai kasut, ketika bersikat dan ketika bersuci”. (Sahih Muslim)

9. Meratakan air ke seluruh tubuh badan

10. Berwuduk jika hendak mengerjakan solat fardhu. Perbezaan antara mandi wajib dengan mandi sunat hanyalah pada niatnya sahaja. Cara kaedah mandi adalah sama.

Wallahu’alam

Sebab Perlunya Mandi Hadas

Mandi wajib adalah satu perkara yang tidak boleh diambil ringan oleh lelaki serta perempuan dan anda harus memastikan cara mandi wajib, mandi junub atau mandi hadas besar yang anda lakukan itu adalah dengan cara yang betul dan sah dari segi hukum agama Islam yang telah ditetapkan.

Sama ada setelah haid atau nifas, selepas bersalin, selepas bersetubuh atau selepas keluar air mani, adalah penting untuk memastikan ibadat yang dibuat itu betul dan tepat diikuti niat mandi wajib.

Apa saja jenis air mandian yang digunakan pula seperti air paip, air hujan atau air pancut, anda wajib pastikan air tersebut adalah air mutlak dan bersih.

Akhir sekali, dengan mengikuti panduan lengkap cara dan niat mandi wajib tentunya mandi junub anda itu sah walaupun tidak mandi lama-lama dan kelihatan cepat, senang, ringkas dan mudah asalkan mandian tersebut sempurna mengikut hukum syarak.

Semoga bermanfaat, jangan lupa kongsikan kepada sahabat-kita yang lain…

Baca juga: 6 Kebaikan Mandi Sebelum Subuh

Rujukan

Tasbi Fatimah http://tasbihfatimahh.blogspot.com/2015/06/cara-cara-mandi-wajib-yang-betul-dan.html

 

Share this:

  • Facebook
  • Tweet
  • WhatsApp

Related posts:

Pok Soh Wali

Ulama Terengganu, Pok Soh Wali men1ngg4I dunia, Sekali Tengok Memang Tak Percaya, Dia Wali ALLAH Yang Zuhud

Masuk Sahaja Tahun 2021, 13 Ulama Telah Dijemput Allah

Masuk Sahaja Tahun 2021, 13 Ulama Dijemput Allah

Ayat kursi

Keajaiban Ayat Kursi Dan 5 Kebaikan Kepada Pengamalnya

Allahuakbar, Penemuan Gambar Mirip Ka’bah Pada Sebuah Bongkahan Batu

Jenaz4h Sahabat Nabi Dijumpai Masih Berd4rah Dan Mengeluarkan Bau Aroma Harum Misk

(Video) Jenaz4h Paman Rasulullah SAW Dijumpai Masih Berd4rah Dan Mengeluarkan Bau Aroma Harum Misk

2 thoughts on “Cara Mandi Wajib Yang Betul Sesuai Sunnah Rasulullah SAW”

  1. Pingback: Cara mandi wajib yang betul
  2. CloneFBWiz says:
    May 16, 2020 at 10:06 am

    Dịch vụ cung cấp clone uy tín – Clone full định dạng uid-pass-token-cookie – Bảo hành login 1 đổi 1. – Nhận reg acc theo yêu cầu. Khách mới sẽ được dùng thử . Truy cập : http://accs.vn

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terbaru

  • Muslim termuda di dunia Yang Comel Dari Nigeria Ini Baru Berumur 3 Tahun Tapi Dah Hafal 30 Juz Al-Quran Muslim Termuda Di Dunia Yang Comel Dari …
    January 28, 2021
  • Kita Terlalu Ikut Lumrah & Adat, Sampai Lupa Sesuatu Yang Sangat Penting Kita Terlalu Ikut Lumrah & Adat, Sa…
    January 28, 2021
  • Allahuakbar… Kereta H4ngus Terb4kar Tapi Al-Quran Tidak Terb4kar Di Arab Saudi Allahuakbar… Kereta H4ngus Terb4kar Tapi…
    January 28, 2021
  • Pok Soh Wali Ulama Terengganu, Pok Soh Wali men1ngg4I…
    January 28, 2021
  • tablet untuk pelajar susah Tablet untuk pelajar susah, Siapa yang m…
    January 24, 2021
  • Masuk Sahaja Tahun 2021, 13 Ulama Telah Dijemput Allah Masuk Sahaja Tahun 2021, 13 Ulama Dijemp…
    January 18, 2021
  • Yassin Ayat 9 - Ilmu Pagar Rumah Dengan Surah Yassin Ayat 9 Yassin Ayat 9 – Ilmu Pagar Rumah D…
    January 18, 2021

Kategori

  • Doa
  • Ibadah
  • Kesihatan
  • Pengetahuan
  • Petua
  • Semasa
  • Tauladan
  • Tazkirah

ARKIB

  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • September 2019
  • June 2019
  • March 2019

ads

© 2021 My Media Maya | Powered by Superbs Personal Blog theme