Cara Tanam Halia Dalam Pasu, Mampu Jana Pendapatan Lumayan
Cara Tanam Halia Dalam Pasu Yang Mampu Jana Pendapatan Lumayan Anda | PENANAMAN HALIA DALAM POLIBEG ATAU PASU.
Halia adalah sejenis pokok herba berumbisi atau berubi dan ia dikatakan berasalkan dari Malaysia. Nama saintifik halia ialah Zingiber officinale dari famili tumbuhan Zingiberaceae.
Ia sebenarnya adalah sejenis tumbuhan liar dan ubi atau rizomnya boleh menjalar di dalam tanah di kawasan yang lembap, gembur dan kaya dengan bahan organik.
Umbisinya yang membesar berwarna kuning dan rasanya agak pedas dan beraroma. Bentuk daunnya pula bujur panjang, runcing dan tirus di hujung.
Tahukah anda bahawa halia sebenarnya banyak digunakan sebagai ramuan penyedap rasa bagi pelbagai masakan bukan sahaja masakan tempatan tetepi juga masakan negara lain di seluruh dunia.
Namun, ramai tidak menanamnya sendiri tetapi sebaliknya hanya membelinya dari pasar basah, pasar raya dan sebagainya.
Sebenarnya pokok ini senang ditanam dan dijaga serta ia tidak memerlukan penjagaan yang rapi. Ia juga tidak memerlukan ruang yang luas untuk tumbuh subur bagi mendapatkan hasil yang memuaskan.
Oleh itu, tunggu apa lagi jom kita menanamnya sendiri di rumah. Jom kita cuba tanam halia sendiri. Benih halia boleh beli yang ada dijual kat pasar atau kedai runcit.
CARA MENANAM HALIA
Ia mudah ditanam menggunakan kaedah penanaman ubi atau umbisinya.
Ikuti kaedahnya seperti berikut:
Potong ubinya kepada beberapa keratan. Sebaiknya gunakan ubi yang telah mula tumbuh beberapa tunas anak pokoknya. (foto 2), 2) Tanam keratan ubinya tadi dalam medium tanamannya, timbus dan padatkan disekelilingnya agar anak pokok dapat tumbuh subur menegak.
(foto 3 dan 4), 3) Siram dan letakkan di tempat teduh. Jangan biarkan medium tanamannya kering kerana ini boleh membantutkan pertumbuhan anak pokoknya.
Langkah 1
Langkah 2
Langkah 3
Langkah 4
CARA PENJAGAAN
Ia mampu hidup tanpa penjagaan yang rapi tetapi pastikan keperluannya seperti berikut dipenuhi untuk mendapatkan pertumbuhan pokok yang lebih subur.
1) Medium tanamannya perlulah gembur dan kaya dengan bahan organik serta sentiasa lembap untuk pertumbuhan yang lebih subur. Oleh itu perbanyakkan siraman air terutama pada hari panas atau musim kemarau., 2)
Ia sesuai didedahkan kepada cahaya yang banyak dan juga separuh teduh., 3) Gunakan baja organik seperti baja tahi ayam untuk membajanya.
Ia sangat sesuai untuk ditanam ditanah y4ng lembap di kawasan yang agak luas kerana ia begitu cepat membiak. Ia juga boleh ditanam di dalam pasu atau bekas tanaman berbentuk cantik untuk dipamerkan di laman atau taman.
PERUBATAN/ KESIHATAN
Selain sebagai ramuan perasa dalam masakan, halia juga dikatakan mempunyai banyak khasiat perubatan. Antaranya membuang angin dalam badan dan dapat mengawal kandungan kolestrol dalam darah. Kaedahnya mudah sahaja iaitu dengan hanya meminum air rebusan umbisinya.
Era teknologi kini, halia diproses untuk dijadikan minuman, jeruk, krim langsing, krim kecantikan dan sebagainya yang mudah didapati untuk dibeli di kedai, farmasi atau pasar raya.
Sumber Dan Rujukan
apacerita Via Media Bumi