1 Bahan Rawat Muka Berjerawat Dan Kusam, Haslinya Kulit Jadi Tegang, Lembut Dan Berseri!

Cara rawat muka berjerawat – Keadaan ini merupakan satu keadaan yang boleh membuatkan kita stres, rasa tidak yakin dan malu dengan penampilan diri sendiri. oleh itu artikel kali ini akan berkongsi tentang cara merawat muka yang berjerawat dengan menggunakan bahan ringkas iaitu Kulit Kayu Manis Untuk Kulit Kusam, Berjeragat Dan Resdung

Penggunaan masker kulit kayu manis ini sebenarnya sangat membantu bagi anda yang ada masalah kulit kusam. Tidaklah pakai setiap hari, tetapi bila perlu sahaja.

Jadi bagi anda yang mahu pulihkan kulit yang bermasalah gatal-gatal, dijemput amalkan tip yang dikongsikan oleh Puan Noriza Rahman ini.

Masker Kulit Kayu Manis Rawat Muka Berjerawat

Masker Kulit Kayu Manis Rawat Muka Berjerawat

Apa kata, sebelum tidur malam ni, pakai masker dari kulit kayu manis Ceylon dan madu dulu.

Ada tak dua bahan ni di rumah? Kalau ada, boleh terus buat malam ni.

Masker ni bagus untuk bersihkan sisa kotoran kulit yang kita dah kumpul dari pagi.

Walaupun hanya duduk dalam rumah, kulit tetap terdedah pada habuk dan debu. Kulit pun jadi kusam macam cendawan tiram.

Petua ini sangat berkesan dan sesuai untuk anda yang da menjejaki umur 40an dan untuk anda yang ada kesan hitam kat muka akibat tersalah guna produk.

Bahan-bahannya :

masker ceylon 1

2 sudu besar kulit kayu manis Ceylon

2-3 sudu besar makan madu asli

Cara Buat Masker Kulit Kayu Manis

Cara Buat Masker Kulit Kayu Manis Rawat Muka Berjerawat

Ambil 2 sudu besar serbuk kayu manis dan 2 sudu besar madu asli.

Kacau dalam mangkuk.

Sebelum pakai, wapkan muka dengan air panas supaya pori-pori kulit terbuka.

Lepas tu, lap muka dan sapu masker tadi.

Biarkan 20 hingga 30 minit dan bilas dengan bersih.

kayu manis

Kenapa Guna Kayu Manis Ceylon?

Nak guna kayu manis biasa pun boleh. Tapi kesannya, muka akan rasa terbak4r, pedih dan merah.

Jika menggunakan kulit kayu manis Ceylon, muka tak akan rasa pedih.

Masker kulit kayu manis Ceylon dengan madu ni bukan setakat bagus untuk kulit berjerawat tau. Untuk yang ada masalah resdung pun sesuai sangat.

Biasa yang ada resdung, hidung selalunya jadi gatal-gatal, lepas tu rasa ada benda gerak-gerak atas muka kan. Tapi bila pakai kayu manis Ceylon ni, InshaAllah benda yang merayap tu kurang sebab kulit kayu manis Ceylon ni bersifat 4nti bakteri4.

Jangan tak tahu, ramai bagi feedback kulit makin lembut dan berseri macam baru lepas buat facial.

Biasanya lepas pakai masker ni, muka jadi pinkish sebab reaction daripada kulit kayu manis Ceylon. Ia juga bantu lancarkan darah pada muka kita.

Yang lagi best, kayu manis Ceylon dengan madu mampu bersihkan liang pori yang tersumbat. Jadi siapa yang ada blackhead halus-halus pada kulit wajah memang sangat disyorkan cuba masker ni.

Betul Ke Berkesan?

Mestilah! Tapi sapu setiap hari dan mesti konsisten ok?

Masker dari kayu manis Ceylon juga mampu tegangkan kulit muka, kecikkan pori, hilangkan jerawat, jeragat dan parut. Ni cara natural.

Kena faham, benda natural memang ambil masa untuk Nampak kesan.

Jadi kena bersabar ok?

Apa itu kayu manis?

z

Fakta unik dan menarik:

  • Ia telah digunakan oleh masyarakat dunia lebih daripada 4,000 tahun dahulu lagi
  • Ia merupakan salah satu daripada rempah ratus yang tertua di dunia
  • Di zaman Mesir Purba, rempah ratus ini dianggap lebih bernilai daripada emas dan sutera pada hari ini
  • Ia dikatakan mampu membantu melawan penyakit berkaitan otak seperti Alzheimer
  • Ia boleh membunuh bakteria Coli 0157 dengan mudah sahaja

Sebelum itu, wajar untuk kita tahu terlebih dahulu serba sedikit mengenai rempah ratus yang berasal dari Sri Lanka ini.

Kulit kayu manis adalah rempah ratus yang berasal daripada sejenis pokok Cinnammomum verum.

Selepas bahagian dalam kulit kayu ini diambil, ia akan dikeringkan sehingga terjadinya bentuk batang bergulung seperti yang anda biasa lihat di dapur.

Apa yang unik dan menarik mengenai rempah ratus ini adalah bau, rasa dan warnanya yang sangat tersendiri.

Ciri-ciri ini dikatakan terhasil disebabkan oleh bahagian minyak pada pokok ini yang mengandungi kompaun cinnamaldehyde, yang sangat bermanfaat untuk kesihatan kita.

Penggunaannya di dalam masakan sebagai penambah perasa adalah sangat luas. Anda mungkin boleh melihatnya ditabur di atas roti, direbus bersama ayam, dibuat sebagai sup ataupun dicampur di dalam kopi.

Sangat banyak fungsinya, bukan?

Baca Juga: Senjata Rahsia Pekebun, 9 Manfaat baking soda untuk tanaman

Selamat mencuba

Sumber : Facebook

Leave a Comment