Cara Solat Tahajud – Solat Tahajud dilakukan selepas 1 per 3 malam dan tiada had rakaatnya, mengikut kesanggupan dan kemampuan, dengan setiap dua rakaat satu salam.
Jika dirasakan berat memadailah sekadar dua rakaat tetapi dilakukan secara berterusan setiap malam.
Rasulullah SAW telah bersabda,:
“Amalan yang disukai oleh Allah, adalah yang terus menerus (istiqamah) walaupun sedikit.” (Riwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Aisyah.)
Rasulullah SAW bersabda:
“Kerjakanlah solat malam sebab itu adalah kebiasaan orang solihin sebelum kamu, juga suatu jalan untuk mendekatkan diri kepada Tuhanmu, juga sebagai penebus segala amalan buruk, pencegah dari perbuatan dosa dan dapat menghalangi penyakit dari badan.” (Riwayat Tirmizi dan Ahmad r.a.)
Cara Solat Tahajud Ringkas
1. Sebelum mengerjakan Solat Tahajud baca doa berikut :
Doa Sebelum Tahajud
Tiada Tuhan melainkan Dikau, Maha Suci Dikau! Daku memohon ampun kepada-Mu bagi dosa-dosaku dan daku memohon kepada-Mu akan Rahmat-Mu. Ya Allah! Tambahkanlah padaku ilmu dan janganlah Dikau pesongkan hatiku setelah Dikau berikan petunjuk. Dan berikanlah daku Rahmat-Mu; Sesungguhnya Dikaulah yang melimpahkan rahmat! Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkanku dan kepada-Nyalah tempatku kembali.
2. Niat Solat Tahajud:
(Ushalli sunnatat tahajudi rak’ataini Lillahi ta’ala)
Daku bersolat Sunat Tahajud dua rakaat, kerana Allah Ta’ala.
3. Bacaan Surah selepas Al-Fatihah:
a)
- Rakaat pertama: Ayat Al-Kursi (7 kali)
- Rakaat kedua: Surah Al-Ikhlas (11 kali)
Atau;
b)
- Rakaat pertama: Ayat Al-Kaafirun
- Rakaat kedua: Surah Al-Ikhlas
Atau;
c)
- 10 Ayat Terakhir, Surah Al-Imran,.
(Rasulullah SAW sering membaca ini pada solat Tahajud Baginda.)
4. Selepas membaca tasbih pada sujud kedua dalam rakaat terakhir, bacalah doa berikut 3 kali:
Baca Juga:
Jangan lupa kongsikan cara solat tahajud ringkas ini kepada keluarga dan sahabat kita.
Rebutlah peluang melakukan solat ini berikutan banyaknya manfaat dan kelebihan yang boleh diperolehi. Lakukannya semata-mata ikhlas kerana Allah yang maha Esa.
Akhir kata, semoga dengan cara solat tahajud ini dapat membantu kita semua dalam mendekatkan diri kita kepada Allah SWT. Aamiin Allahumma Aamiin..
Sumber dan rujukan