Cara Solat Taubat Nasuha Dan Bacaan Dalam Rumi – Solat Taubat nasuha dilakukan selepas seseorang itu melakukan dosa dan kesalahan atau perlanggaran hukum-hukum agama atau berasa dirinya bersalah dan berdosa kepada Allah SWT. kemudian menyesali atas perbuatan itu dan ingin kembali semula ke jalan Allah (bertaubat).
Cara solat Taubat Nasuha
Solat Taubat nasuha amatlah mudah untuk didirikan dan anda boleh lakukannya sekurang-kurangnya 2 rakaat. Di bawah adalah tatacara dalam melakukan solat taubat nasuha:
Cara solat taubat nasuha serta bacaan dalam rumi
Niat solat taubat nasuha;
Maksudnya:
“Sahaja aku sembahyang sunat Taubat dua rakaat kerana Allah Taala.”
Bacaan Dalam Solat
Rakaat Pertama:
Pada rakaat pertama anda boleh baca surah al-Fatihah dan disambung dengan surah al-Kafirun
Rakaat Kedua:
Pada rakaat kedua anda boleh baca surah al-Fatihah dan disambung dengan surah al-Ikhlas
Pada sujud terakhir, setelah membaca tasbih sujud, bacalah ayat berikut sebanyak 44 kali:
Maksudnya:
“Tiada Tuhan melainkan Engkau, Ya Allah! Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku daripada golongan orang-orang yang zalim.”
Setelah anda memberi salam, amalkan zikir di bawah sebelum meneruskan bacaan doa.
Istighfar x70 kali
Membaca wirid di bawah sebanyak x100 kali:
Doa selepas solat Taubat Nasuha
Itulah cara solat taubat nasuha, selepas selesai solat bacalah dia di bawah ini.
Maksudnya:
“Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan kecuali Engkau, Engkau telah menciptakan aku dan aku adalah hambaMu, dan hamba pasti menuruti ketentuan-ketentuanMu, janji-janjiMu sesuai kemampuanku. Aku meminta penjagaanMu dari buruknya segala perbuatanku, aku mengakui segala nikmat yang Engkau berikan dan mengakui adanya dosa-dosa yang aku lakukan. Tidak ada yang mengampuni dosa-dosa kecuali engkau. Aku mohon ampun kepadaMu Allah yang maha Hidup dan berdiri sendiri dan ku bertaubat kepadaNya..”
Kelebihan daripada mengerjakan solat taubat nasuha
Seperti yang anda tahu, solat taubat nasuha didirikan bagi meminta keampunan kepada Allah S.W.T atas segala dosa yang telah anda lakukan.
Walaupun anda tidak melakukan dosa-dosa besar, ianya disyorkan juga supaya anda mendirikan solat sunat taubat setiap hari.
Antara fadhilat dan kebaikan yang boleh anda dapati daripada pengerjaan solat sunat taubat adalah:
- Dosa anda diampunkan oleh Allah S.W.T.
- Segala urusan anda akan dipermudahkan oleh Allah S.W.T.
- Anda akan berasa lebih ceria dan tenang dalam kehidupan seharian.
- Segala tekanan hidup akan dihilangkan oleh Allah S.W.T.
Akhir kata, sesungguhkan ALLAH itu maha pengampun oleh itu jangan pernah putus asa daripada memohon keampunan dan rahmat daripada ALLAH SWT.
Semoga dengan Cara solat taubat nasuha yang ringgkas ini dapat membantu kita untuk mendekatkan diri kepada ALLAH SWT… Aamiin ALLAHUMMA AAMIIN.
Baca Juga: Doa Nabi Yunus
Sumber Dan Rujukan