Semua pun nak jika tanaman cilinya berbuah lebat, Ada satu tips dan cara tanam cili agar berbuah lebat yang senang untuk kita praktikkan dirumah, Hobi memiliki kebun di rumah memang sudah lama menjadi budaya kaum ibu terutamanya. Tanpa mengira hobi melibatkan tanaman bunga ataupun sayuran ianya boleh mendatangkan hasil yang memuaskan hati.
Bagi yang suka tanaman sayuran memang seronok apabila tanaman dihasilkan boleh dimakan bersama keluarga atau boleh dikongsi bersama jiran tetangga yang lain. Antara pokok sayur yang menjadi pilihan ramai pekebun rumah ini ialah cili jambak.
Sekali pandang memang cantik pokok cili jambak ini, seperti kuntuman bunga yang terlihat merah berseri. Jika ditanam pasti puas hati, banyak hasil tuaian yang diperolehi.
Untuk anda yang ingin mencuba menanam cili jambak dilaman rumah, bolehlah jadikan Cara Tanam Cili Agar Berbuah Lebat ini satu kaedah penanaman.
Cara Tanam Cili Agar Berbuah Lebat
1. Sebelum Menyemai Cili
Sebelum menyemai, kita perlu membuat proses rendaman biji benih. Proses ini dilakukan selama 8jam atau 1 malam . Tujuan rendam iuntuk melembutkan kulit luaran benih cili supaya mudah bercambah supaya akar baru akan muncul dengan pantas.
Seelok nya gunakan air yang tiada klorin seperti air sungai , air telaga. Jika tiada gunakan saja air paip.
2. Kering Biji Benih
Kering kan benih cili yang sudah di rendam mengunakan penapis , kertas atau tisu. Tujuan kering supaya mudah untuk disemai. Benih mudah di kendalikan.
3. Penyediaan Tapak Semai
Sediakan tapak semaian seperti tray atau bekas kecil untuk semaian. Gunakkan peatmos/ sabut kelapa hancur untuk menyemai benih. Anda juga boleh gunakan tanah organik atau topnsoil.
4. Buat Lubang Tanaman
Buat lubang mengunakan kayu atau jari tangan. Jangan terlalu dalam. Jangan terlalu cetek. Letak benih ke dalam lubang di tray setiap lubang 1 biji.
5. Siraman
Setelah disemai, kambus dan siram dengan air. Siram dengam semburan halus atau dengan cara yang lembut. Jangan siram sampai medium semaian terkeluar dari tray atau bekas.
6. Elak Kena Matahari
Alihkan tray atau bekas semai tempat redup. Sungkup dengan plastik hitam ke seluruhan selama 3 ke 5 hari. Hari ke 3-5 benih sudah bercambah. Anda boleh mengalih kan sungkupan plastik hitam tadi.
7. Pindah Ke Kawasan Panas
Benih yang bercambah akan mengeluarkan 2helai daun. Alih kan benih ke kawasan yg menerima cahaya matahari tetapi jangan letak bawah cahaya matahari secara terus.
Siram pagi dan petang. Letak di tepi rumah atau pakai net hitam.
8. Tabur Baja
Selepas benih berusia 1 minggu baja dengan baja subur dengan kuantiti yang sedikit(beberapa biji) pada setiap pokok dalam tray. Boleh jiga guna baja organik.
Setelah usia 2minggu atau benih ada 3 ke 6 helai daun. Boleh alih kan ke pasu, polybeg atau atas tanah.
9. Stop baja
Baja pokok setiap 1 minggu atau 2minggu sekali. Untuk pokok yg bebas dari sera ngan penyakit dan serangga, sembur racun organik seminggu sekali. Jika pokok sudah mula berbunga, taburkan baja buah untuk melebatkan buah. Jika anda mnggunakan baja biji npk , stop baja bila pokok berbuah, untuk mengelak buah gugur.
Baca Juga: Cara Tanam Pokok Daun Bawang Guna Bekas Telur, Mudah Dan Lebih Segar!
Itulah Cara Tanam Cili Agar Berbuah Lebat dan untuk pengetahuan, semua tips di atas boleh digunakan pada semua jenis cili.
Oleh itu, jangan lupa amalkan Cara Tanam Cili Agar Berbuah Lebat dan juga kongsikan kepada keluarga dan rakan-rakan kita yang lain, semoga bermanfaat untuk kita semua
Sumber : siakapkeli