3 Langkah Dan Cara Tanam Halia Di Rumah Sangat Mudah!

Dalam artikel ini, Sahabatsurga akan memberikan panduan langkah demi langkah tentang cara tanam halia di halaman rumah anda, jadi korang tak perlu susah lagi nak beli, cara tanam halia dalam pasu pun boleh.

Halia dipercayai berasal dari Asia Tenggara Maritim dan dipercayai mula diusahakan oleh orang Austronesia dibawa ke India dan China. Terdapat tiga jenis halia di mana mempunyai manfaat yang berbeza iaitu halia putih besar, halia putih kecil dan halia merah. Ia termasuk dalam keluarga Zingiberaceae, yang juga termasuk kunyit, pelaga, dan lengkuas

Cara Tanam Halia Di rumah

1. Iklim Yang Sesuai

  • Untuk menanam halia ia memerlukan curahan air hujan yang agak tinggi, antara 2,500-4,000 mm / tahun dan pada usia 2.5 hingga 7 bulan atau lebih, tanaman halia memerlukan cahaya matahari.
  • Penanaman halia harus dilakukan di tempat terbuka sehingga mendapat sinar matahari sepanjang hari. Suhu udara optimum untuk penanaman halia adalah antara 20-35 oC.

2. Pembenihan

  • Benih halia diambil dari rizom halia yang tua dan rizom halia mesti diambil dari kebun. Rizom terpilih dari halia yang berumur 9-10 bulan.

3. Penyediaan Media Tanah

  • Sebelum membajak tanah, pastikan pH tanah melebihi enam, jika kurang dari pH enam maka anda perlu menambahkan kapur. Penyiapan tanah dimulakan dengan membajak sedalam 30 cm dengan tujuan mendapatkan keadaan tanah atau serpihan yang longgar dan membersihkan rumpai.
  • Tanah akan dibiarkan selama 1 minggu untuk membvnuh kulat dan perosak dengan menggunakan cahaya matahari. Selepas 1 minggu, tabur baja organik atau kompos yang cukup di kawasan tanah. Kemudian, tanah siap untuk ditanam halia.

Cara tanam Halia Dan Penyengelaraan

Penanaman halia harus dilakukan pada awal musim hujan sekitar bulan September dan Oktober. Ini kerana tanaman muda akan memerlukan air yang cukup untuk pertumbuhannya.

Pembersihan rumpai sebaiknya dilakukan 3 minggu sekali dan pangkal pokok halia mesti ditimbun tanah untuk menutupi rizom halia yang kadang-kadang akan timbul di atas tanah.

Pembajaan Dan Penyiraman

Cara Tanam Halia di Rumah Tak Perlu Beli Tanam Sendiri Je
Penyiraman Halia

Dengan kuantiti 1kg per pokok baja organik diperlukan pada awal penanaman. Pembajaan dilakukan pada usia tiga, enam dan 10 bulan dan ditambah menjadi 2kg.

Lebih memudahkan kerana tanaman halia tidak memerlukan terlalu banyak air untuk pertumbuhan kecuali pada awal tanaman. Justeru, penanaman lebih baik dilakukan pada awal musim hujan sekitar bulan September.

Cara Tanam Halia di Rumah Tak Perlu Beli Tanam Sendiri Je
Pokok halia

Halia boleh dituai seawal usia kira-kira empat bulan dengan mematahkan sebahagian rizom dan membiarkan sisanya hingga tua. Sekiranya halia hendak dipasarkan, halia dituai ketika sudah cukup tua (10-12 bulan), dengan ciri warna daun berubah dari hijau menjadi kuning dan batang semuanya kering.

Cara penuaian yang betul adalah menggunakan garpu atau cangkul. Selepas itu halia dikeringkan di atas papan atau daun pisang selama lebih kurang 1 minggu. Kawasan simpanan hendaklah terbuka, tidak lembab dan tidak diletak secara bertimbun.

Menanam halia di rumah adalah satu aktiviti yang memuaskan dan boleh memberi anda akses kepada halia segar berkualiti tinggi. Dengan mengikuti panduan di atas, anda akan dapat menanam halia dengan berkesan di halaman rumah anda sendiri. Selamat mencuba!

Akhir Kata, Dengan panduan cara tanam halia ini, semoga tanaman halia  anda subur dan berkesan dihalaman rumah sendiri, anda tidak akan lagi pernah kehabisan halia, Selamat Mencuba!!

Sumber:

Leave a Comment